Isnin, 7 November 2016

Pemimpin tertinggi Melayu yang pecahkan Melayu

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tumpat dari PKR, Datuk Kamarudin Jaafar ‎mendakwa dasar kepimpinan Melayu tertinggi negara adalah punca kepada berlakunya perpecahan undi Melayu di negara ini.
Ujarnya, ini kerana sejak lama menjadi pemerintah negara, mereka tidak benar-benar meningkatkan keadaan masyarakat Melayu selain tiada inisiatif jelas untuk menyatukan Melayu.
"Yang akan kekal memecahbelahkan undi Melayu adalah kepimpinan Tertinggi Melayu dalam negara kita.
"Permainkan RUU355 untuk memecahbelahkan Melayu, biarkan isu ini tergantung tanpa apa-apa pendirian jelas daripada mereka apa langkah seterusnya.
Datuk Kamarudin Jaafar "Ini permainan Umno yang berterusan kepada Melayu dan bukan Melayu juga," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan parti Melayu dalam pakatan pembangkang, PKR dan Amanah hanya menjadi boneka kepada DAP.
Petik kenyataan  Anuar,ujarnya  DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka yang terdiri daripada kaum Melayu sendiri dalam parti pembangkang.
"PKR,Bersatu, Amanah akan jadi rakan kongsi junior. DAP telah berjaya dalam tindakan mereka membuat perancangan terhadap rakan kongsi mereka dan telah pecahkan Pas dan dalam PKR ada DAP," katanya.

‎Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai 'PKR, Amanah hanya boneka DAP' Kamaruddin berkata kenyataan itu hanyalah permainan Umno sahaja.
‎"Isu lama, dan diulang-ulang, saya fikir mereka tiada modal lain.
"Mereka memang ada masalah, dan percubaan sekali lagi mengaitkan PKR, Amanah dengan DAP adalah usaha terakhir untuk menutup apa yang telah dituduh kepada PM (Datuk Seri Najib Razak), kerajaan Umno yang sekarang ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan negara China," katanya.
Dalam pada itu, katanya kenyataan ini juga untuk 'menyelamatkan' kerajaan daripada kemelut 1MDB.
"Kononnya untuk menakutkan rakyat, realitinya untuk menyelamatkan diri daripada isu 1MDB," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA