Rabu, 30 November 2016

Pemimpin politik digesa bersepadu banteras gejala gengsterisme penyokong parti

Maria menerima sepucuk surat ugutan bersama sebutir peluruMaria menerima sepucuk surat ugutan bersama sebutir peluru
Seluruh pemimpin politik kerajaan dan pakatan pembangkang digesa bersatu padu dalam menangani dan membanteras gejala bersifat 'gengsterisme' penyokong parti terhadap aktivis atau pemimpin politik.
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, gejala itu tidak seharusnya dibiarkan dan ia tidak menguntungkan mana-mana parti dan pemimpin politik jika gagal dikawal.

"Seluruh kepimpinan politik negara sama ada kerajaan atau pembangkang mesti bersama untuk banteras gejala politik gengsterisme dan bersifat ganas ini.
"Gejala politik gengsterisme ini kecenderungan kepada tindakan melampau oleh penyokong parti politik.
"Kedua-dua pihak mesti menangani perkara ini.Jangan kita biarkan keganasan seperti gengsterisme atau terrorisme memusnahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat di negara ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai penemuan sebutir peluru di dalam sepucuk surat bersifat ugutan yang dihantar kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Kuala Selangor turut menegaskan jika gejala itu tidak dikawal ia tidak menguntungkan kedua pihak.
"Tiada mana-mana ahli parlimen atau tiada sesiapa pun akan dapat laba politik.
"Semua mesti bertanggungjawab secara berani dan bersepadu menangani gejala ini...jika gejala ini dibiarkan berterusan tanpa tindakan drastik akan menjerumuskan negara di kancah kehancuran," ujarnya.

Malah katanya lagi, perbezaan pemimpin parti hanya dalam persaingan politik dan tidak seharusnya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati melakukan ancaman dan ugutan nyawa terhad mana-mana individu.
"Apa berlaku terhadap Maria Chin, sudah cukup membayangkan satu gejala yang mengisyaratkan perbuatan melampau dan ganas penyokong.
"Kita sayangkan tanahair, perbezaan kita dalam lingkungan persaingan politik bukan membawa kepada ancaman nyawa, keharmonian dan perpaduan masyarakat," ujarnya yang hadir sebagai salah seorang panel dalam Forum Stop Abuse of Sosma Respect The Rules of Low anjuran Majlis Peguam semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA