Selasa, 15 November 2016

Pemimpin Pemuda PKR cabar Jamal lapor banglo mewahnya

Adam Rosly menyarankan Jamal dan Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM sekiranya mereka mendapati beliau memiliki kekayaan dengan cara yang salah.
Bahasa,-Adam-Rosly,-jamal-yunos.AMPANG: Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly membidas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menuduh beliau memiliki kekayaan luar biasa.
Menurutnya, memiliki harta kekayaan dan gelaran “Datuk” pada usia yang muda bukanlah sesuatu yang ganjil pada masa sekarang.
“Kenapa 28 tahun jadi kaya? Seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda yang kaya. Ramai yang muda dapat ‘Datuk’.
“Saya nak maklumkan, saya dapat ‘Datuk’ sebaris dengan Jamal. Saya sebaris dengan beliau di depan Tuanku kalau beliau mempertikaikan kenapa saya dapat gelaran ‘Datuk’. Beliau (Jamal) dapat gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ tahun ini. Jadi, jangan tekan dan aibkan orang,” katanya di hadapan Balai Polis Ampang Jaya.
Adam berkata demikian mengulas tindakan Jamal yang kononnya mahu meninjau kekayaannya dengan menaiki menaiki helikopter hari ini.
Semalam, Jamal mempelawa 6 wartawan bersamanya untuk menaiki helikopter untuk bagi meninjau kekayaan Adam.

Jamal mendakwa, pemimpin 28 tahun itu memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.
Pada masa sama, Adam menjelaskan kediamannya di Ampang yang berharga RM1 juta dimilikinya selepas membida sebuah rumah banglo di Ampang.
Adam turut menafikan rumah tersebut bernilai RM7 juta sebagaimana tuduhan Jamal.
“Untuk makluman, rumah itu bukan atas binaan saya. Saya membidanya sebanyak RM1 juta, bukannya RM7 juta.
“Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.
“Kalau tuan-tuan berada di Ampang, rumah berharga RM1 juta di Ampang sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik. Tapi ia jadi viral dan fitnah pada saya,” katanya.
Sementara itu, Adam menyarankan Jamal membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya tidak berpuas hati dengan rumah dimikinya itu.
“Saya dimaklumkan media, beliau berikrar untuk turun ke rumah saya, naik helikopter kerana mungkin rumah saya itu 10 hektar. Mungkin ada kebun kelapa sawit, ada dinasor, kolam ikan atau kolam renang.
“Saya minta Jamal dan ketua Umno Bahagian Ampang Ismail Kijo buat laporan polis atau laporkan kepada SPRM. Saya bersedia bekerjasama untuk memberi keterangan dan jaga amanah di negeri Selangor,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA