Rabu, 16 November 2016

Pemimpin muda Pakatan Harapan perlu isytihar harta


Shazni Munir Mohd ithnin Shazni Munir Mohd ithnin Setiap pemimpin muda politik Pakatan Harapan perlu mengisytiharkan harta masing-masing dan menjelaskan setiap sumber pendapatan kepada masyarakat, kata Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni munir Mohd Ithnin.
Beliau berkata, ia penting bagi meyakinkan rakyat bahawa Pemuda Pakatan Harapan serius dalam membawa agenda perubahan dan tidak menjadikan politik sebagai batu loncatan mengumpul kekayaan.
Ia dipercayai merujuk kepada ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly yang didedahkan memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebelum semalam membawa wakil media menaiki helikopter bagi meninjau banglo Adam di Ampang.
"Pembongkaran Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kemewahan luar biasa seorang pemimpin muda politik pembangkang dan jawapan balas yang diberikan seharusnya diambil serius semua pihak," kata Shazni.
Beliau bagaimanapun berkata, gensterime Jamal dan kumpulan baju merah yang anti Bersih 5 harus ditolak.
"Menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa politik adalah perjuangan rentas parti dan pembangkang harus konsisten, bahkan berkali ganda tegas kerana ia bertentangan dengan prinsip integriti dan laungan reformasi.
"Rentetan jawapan balas pemimpin muda berkenaan, masyarakat mula mempersoalkan tekad politik (political will) Pakatan Harapan untuk mereformasi institusi kerajaan dan budaya politik di Malaysia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA