Khamis, 24 November 2016

Pembebasan Maria Chin bukan sunat tapi wajib, kata Mat Sabu

Mat Sabu mengajak rakyat menyokong himpunan pembebasan Maria Chin yang kini dipenjarakan di bawah Sosma.-Foto MalaysiaDateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Mat Sabu mengajak rakyat menyokong himpunan pembebasan Maria Chin yang kini dipenjarakan di bawah Sosma.-Foto MalaysiaDateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Presiden Amanah Mohamad Sabu membidas tindakan polis mengunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 Sosma terhadap Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.
Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Maria Chin bukan penganas justeru rakyat wajib menyokong pembebasannya.
"Maria bukan pengganas... saya sudah bermesyuarat berbelas kali dengannya, saya tidak pernah dengan dia menyebut untuk menjatuhkan kerajaan.
"Kita tidak boleh buat apa kalau demokrasi tidak sempurna, pilihan raya tidak bebas dan  rakyat dikongkong.
"Oleh itu bagi saya perjuangan Maria Chin dan rakann-rakannya adalah perjuangan suci untuk rakyat Malaysia
"Apa yang dia mahu perjuangannya untuk membebaskan rakyat Malaysia... bukan menjadi sunat lagi dah  menjadi wajib  membela orang seperti Maria Chin," ujar Mat Sabu lalu mendapat tepukan gemuruh ribuan penyokong pembebasan Maria Chin  pada malam ini di Dataran Merdeka.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin politik pakatan pembangkang.
Sejak Isnin, dikalangan penyokong Bersih 5 berhimpun di Dataran Merdeka bagi menuntut pembebasan Maria Chin . Turut hadir Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali.
Dalam ucapan Mat Sabu memberi gambaran kepada penyokong bahawa Maria Chin menjalani kehidupan seperti rakyat lain yang sangat ringkas.
"Maria dengan umurnya sekarang dia nak apa lagi? Dia bukan nak cincin RM2.4 juta, Maria tak mahu beg tangan mahal dan tak tahu pakai 'sun glasses'... Maria cukup 'simple' hidupnya sederhana," ujar Mat Sabu sinikal.

Tegas Mat Sabu lagi Maria Chin yang ditahan sejak Jumaat lalu kini berada dalam tahanan wajib dibebaskan.
"Saya gembira dia nakkan al-quran... saya akan berdoa dan bersolat hajat agar Maria Chin dibebaskan.
"Jika dia boleh tangkap Maria Chin bawah Sosma sedangkan dia bukan pengganas dia boleh tangkap siapa saja termasuk saya yang bercakap ni..." ujarnya yang merujuk kepada amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini terhadap penyokong pembebasan Maria Chin agar tidak meneruskan perhimpunan setiap malam seperti dirancangkan penganjur.
Khalid dalam kenyataan hari ini dipetik berkata dikalangan penganjur dan penyokong perlu mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau berhadapan dengan tindakan kerana berhimpun tanpa notis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA