Rabu, 30 November 2016

Pelbagai bentuk sokongan orang ramai tuntut bebaskan Orang Asli Gua Musang


Kumpulan aktivis menyalakan lilin di perkarangan IPD Gua Musang mala mini menuntut 41 Orang Asli segera dibebaskan.Kumpulan aktivis menyalakan lilin di perkarangan IPD Gua Musang mala mini menuntut 41 Orang Asli segera dibebaskan.
Tindakan kerajaan negeri Kelantan menangkap 41 Orang Asli di Simpang Petei, Pos Tohoi siang tadi menyaksikan pelbagai bentuk sokongan daripada segenap lapisan masyarakat di negara ini menolak kezaliman yang dilakukan.
Malam ini perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menjadi tempat berkumpul Orang Asli, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam menuntut tahanan terbabit segera dibebaskan.
Mereka menyalakan lilin sebagai tanda setiakawan membela Orang Asli tertindas apabila Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan pihak polis siang tadi menggunakan kekerasan memusnahkan sekatan (blocked) dan beberapa kediaman Orang Asli.
Turut memberi sokongan pada solidariti malam ini Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia (BUMI), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Aktivis Kelantan (AK03), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kelantan.
Malaysia Dateline difahamkan lebih ramai lagi aktivis akan turun bersolidariti di IPD Gua Musang bukan sahaja dari Kota Bharu bahkan Kuala Lumpur antaranya peguam Siti Kasim.
 Mesej kepada MB, TMB 
Pada masa sama tekanan kepada pihak kerajaan negeri Kelantan juga dilakukan melalui kiriman mesej ringkas (SMS) dan WhatsApp kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Kempen #BEBASKANORANGASLI itu dilihat mendapat sambutan orang ramai apabila mereka berkongsikan paparan mesej masing-masing di media sosial.

Salah satu ‘print screen’ mesej WhatsApp kepada Timbalan Menteri Besar yang juga Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah.  Salah satu ‘print screen’ mesej WhatsApp kepada Timbalan Menteri Besar yang juga Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah. Antaranya, pengguna Facebook Asmawi Ab Rahman memberitahu mesejnya melalui kiriman WhatsApp pada pukul 7.13 malam tadi kepada Mohd Amar tidak berbalas walaupun Naib Presiden Pas itu dikenal pasti sedang ‘online’.
“Berundinglah dengan mereka (Orang Asli). Jika waktu kempen pilihan raya, kita boleh jembo, turun kenapa di saat ini kita culas untuk turun ke kawasan Orang Asli tersebut. Adakah Pas sudah tidak mengharapkan undi Orang Asli lagi?
“Kerajaan Pas Kelantan adalah dislogankan kerajaan Islam. Kita bimbang Islam akan terpalit busuk dengan isu ini,” dipetik daripada mesej Asmawi kepada nombor telefon Mohd Amar di talian 019-318 6465.
Tidak ketinggalan aktivis Fahmi Reza Mohd Zarin, 39, yang juga pereka grafik tampil dengan lakaran figura Orang Asli memegang sepanduk tertera “Hentikan Pembalakan Atas Tanah Adat Orang Asli” serta ungkapan, “Bebaskan Semua Aktivis Orang Asli yang Ditahan”.
Tindakan kerajaan negeri Kelantan memusnahkan sekatan dan beberapa kediaman Orang Asli hari ini serentak dengan bermulanya Perhimpunan Agung Umno di ibu negara juga dianggap banyak pihak sebagai tragedi kemanusiaan Orang AslI GM291116.
Satu poster dengan lambang sepasang gari berlatar belakang warna hijau berserta tompokan darah dilihat turut viral di media sosial menggambarkan kezaliman kerajaan negeri Pas terhadap Orang Asli di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA