Rabu, 16 November 2016

Pelajar Monash diberi amaran jangan hadir 'himpunan haram'

Pelajar Universiti Monash Malaysia boleh dikenakan tindakan disiplin jika didapati menghadiri atau ditahan dalam mana-mana "perhimpunan haram", kata universiti itu.
Amaran emel dihantar kepada pelajar oleh pendaftar universiti, Susheela Nair beberapa hari sebelum perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching Sabtu ini
"Anda dinasihatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan / aktiviti menyalahi undang-undang yang berkaitan yang melanggar undang-undang Malaysia.
"Mana-mana pelajar yang didapati menyertai perhimpunan / aktiviti atau yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tatatertib," katanya dalam e-mel yang dilihat oleh Malaysiakini.
Emel tersebut tidak menyatakan perhimpunan apa, tetapi menyebut terdapat banyak "perhimpunan haram ... tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa" baru-baru ini.
Malaysiakini menghantar e-mel untuk mendapatkan komen setelah panggilan telefon ke universiti itu dan Nair tidak berjawab.
Sementara itu, sesetengah pelajar Monash University Malaysia terkejut dengan amaran berkenaan.
"Saya terkejut kerana Monash sentiasa lantang bersuara mengenai hak asasi manusia dan kesaksamaan.
"Saya tidak sangka mereka beri amaran kepada kita terhadap perhimpunan yang berjuang untuk hak-hak demokratik asas kita," kata seorang pelajar kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA