Rabu, 9 November 2016

Pelajar di luar Parlimen bantah pengurangan dana untuk universiti awam

Mereka diketuai Anis Syafiqah Yusof yang berkumpul walaupun dalam hujan lebat.
Bahasa,-Anis-Syafiqah,-Bajet-2017,-universiti-awamKUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa hari ini berkumpul di luar bangunan Parlimen bagi mendesak kerajaan mengkaji semula pemotongan peruntukan belajawan universiti awam di Malaysia.
Lebih 10 mahasisiwa yang mewakili Kesatuan Mahasiswa Malaysia, dipimpin pengerusinya Anis Syafiqah Yusof berkumpul di hadapan pintu masuk Parlimen walaupun dalam keadaan hujan.
“Seharusnya ahli Parlimen tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang terutamanya menteri pendidikan tinggi, harus terus membahaskan permasalahan ini bagi mendapatkan solusi di samping merangka pelan strategik bagi mengatasi pengurangan peruntukan yang membebankan universiti.
“Walaupun pihak kerajaan menafikan yuran pengajian tidak akan dinaikkan, namun kesan pemotongan belanjawan universiti awam kian dirasai sedikit demi sedikit,” katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen.
Pemotongan keseluruhan Pementerian Pengajian Tinggi sebanyak 10.27%, daripada RM13.378 bilion kepada RM12.132 bilion.
Peruntukan untuk universiti awam pula berkurang sebanyak 23.8% iaitu RM7.575 bilion kepada RM6.117 bilion.
Anis berkata kualiti pengurusan universiti menerima kesan besar di mana pihak pengurusan terpaksa mengenakan bayaran terhadap mahasiswa yang ingin menggunakan kemudahan kampus seperti dewan kuliah di luar waktu pembelajaran.
Bajet 2017 diumumkan bulan lalu memotong 20% hingga 40% peruntukan untuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perbelanjaan operasi untuk universiti tempatan dikurangnya sebanyak 19.32% atau RM1.456 billion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA