Isnin, 28 November 2016

Peguam mahu akses kepada Maria sebelum perbicaraan Selasa

Peguam Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa polis supaya membenarkannya akses untuk berjumpa dengan anak guamnya sebelum perbicaraan habeas corpus Selasa ini.
Ambiga berkata peguam dan keluarga Maria tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya sejak Ahad lalu.
"Mohon berikan kami akses berjumpa dengan Maria supaya arahan mengenai perkara-perkara undang-undang dapat diberikan sebelum kesnya pada Selasa ini.
"Telah mencuba tetapi tidak berjaya," katanya dalam tweet kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata permohonan rasmi juga telah dibuat.
Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari.
Beliau ditangkap pada 18 November, sehari sebelum perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur, untuk menuntut pilihan raya dan kerajaan yang bersih.
Menurut keluarganya, mereka tidak menerima sebarang maklumat mengenai Maria dan tidak tahu di mana beliau ditahan.
Adalah dipercayai bahawa dia dikurung di Kem Polis Batu di Kuala Lumpur, yang sebelum ini adalah pusat tahanan bagi mereka yang dituduh mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri sebelum mereka dipindahkan ke Pusat Tahanan Kamunting di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA