Khamis, 24 November 2016

Pasca Bersih 5: Rakyat berjaya,bebaskan Maria Chin segera

Oleh MOHD SYAFIQ AZMI
Tahniah kepada Krew Keselamatan Bersih dan Medik Krew yang telah berjaya melancarkan perjalanan program semalam. Juga kepada sahabat media yang melaporkan berita yang sahih kepada umum yang tidak dapat bersama.

Ada juga saya terbaca bermacam-macam komen negatif berkaitan program semalam. Ada yang berkata anak muda boleh memenuhi ruang KLCC tetapi gagal penuhi ruang disurau. Mungkin dia tidak bersama dalam program tersebut maka dia tidak melihat secara menyeluruh. Azan beberapa kali berkumandang di beberapa tempat himpunan. Kita melihat bagaiamana teman-teman non muslim menghormati situasi tersebut. Surau dan Masjid di KLCC juga dipenuhi jemaah yang hadir untuk Bersih 5.
Janganlah kejumudan kita membutakan hati kita. Itu adalah sesuatu yang boleh mengundang diri kita beriman pada mazhab Isis.
Tahniah seluruh komrad yang hadir tanpa mengira kaum dan agama. Anda sedang mengangkat masyrakat Malaysia ke suatu tahap yang berbeda. Anda membuktikan bahawa majoriti rakyat ini sudah tidak lagi keakuan dan kekitaan.
Kepada pihak PDRM khususnya FRU terima kasih kerana tidak membazirkan gas pemedih mata dan semburan "water canon" kerana perserta bukanlah mereka yang mengancam keselamatan. Tetapi mereka berdiri, berarak dan berkumpul bagi memulihkan masa depan bukan sahaja rakyat biasa, malah ia juga untuk generasi mendatang seluruh anak-anak pegawai PDRM.
Akhirnya, rakyat menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari pertuduhan Sosma. Beliau tidaklah seekstrim seperti Jamal Md Yunos yang nyata dan jelas membahayakan. Jika Jamal boleh direman walau melalui tindakan kasar, apakah Maria perlu ditahan dibawah Sosma hanya dengan berkata-kata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA