Jumaat, 4 November 2016

Pas semakin yakin kehilangan Kelantan


Pusat pentadbiran kerajaan Kelantan, Kota Darul Naim.Pusat pentadbiran kerajaan Kelantan, Kota Darul Naim.
Tindak-tanduk Pas mutakhir ini menunjukkan parti itu semakin yakin akan kehilangan Kelantan.
Mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berunding bagi menjayakan formula satu lawan satu, Penasihat Amanah Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata dalam pilihan raya akan datang kumpulan yang cuba bersendirian akan ditolak rakyat.
Dengan pelbagai masalah yang melanda negara, rakyat bersungguh untuk menukar kerajaan BN sedia ada dengan mengharapkan pembangkang dapat bersatu padu dan mampu mengambil alih kerajaan.
Menurut Husam, Konvesyen Pakatan Harapan 12 November ini yang turut dihadiri Tun Mahathir Mohamad akan mewujudkan satu pakatan yang mampu bersaing dengan BN.
"Kita serius untuk menawarkan kerajaan yang baru dengan menjadi kompetitif dan pilihan kepada rakyat," katanya pada majlis makan malam sempena setahun penubuhan Amanah Negeri Terengganu, malam tadi.
Malah beliau menegaskan, negara memerlukan pemimpin yang jelas untuk membela nasib rakyat dengan mempunyai ciri akauntabliti, kredibiliti, mengutamakan maslahat ummah dan melihat ke hadapan untuk melakukan kebajikan kepada rakyat pada rakyat.
Mengulas tentang politik Terengganu, beliau berkata rakyat negeri ini memerlukan parti politik baru yang mempunyai pimpinan berkaliber serta memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang dikehendaki rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA