Khamis, 24 November 2016

PAS sedia kerjasama mana-mana pihak kecuali DAP dan AMANAH - Mohd Amar

KOTA BHARU: PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Bersatu yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Itu jelas, dengan parti-parti lain kita boleh duduk dan berbincang, cuma setakat ini perbincangan yang rasmi dengan Bersatu belum lagi,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menasihatkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad supaya lebih berhati-hati membuat kenyataan terhadap PAS.

Menurutnya sejak kebelakangan ini bekas perdana menteri itu dilihat kerap membuat kenyataan mengecam PAS kerana tidak menyertai Pakatan Harapan.

“Tun Mahathir kenalah ingat beliau bukan lagi perdana menteri sekarang ini. Dahulu tak apa beliau hendak bercakap apa pun.

“Tun hanya akan berhenti bercakap jika semua orang mengikut cakapnya,” ujarnya.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini pemimpin-pemimpin parti pembangkang mengutuk PAS secara tidak langsung kerana enggan bekerjasama dengan mereka.

Dr Mahathir juga melabelkan mana-mana pihak yang tidak menyertai Pakatan Harapan diumpamakan sebagai pemakan 'dedak' kerana menyokong Barisan Nasional.

1 ulasan:

  1. Dahshatnya dendan geng2 yg ngaku ulamak disegi dendam...itulah ajaran partinya...khkakkahkah...ketawa berok mat yeh..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA