Selasa, 8 November 2016

PAS sedia bertahaluf siyasi dengan parti bukan Islam

PAS belajar daripada kesilapan lalu dalam bertahaluf siyasi dengan parti lain.
hashim-jasin3PETALING JAYA: PAS secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk bertahaluf siyasi dengan mana-mana parti termasuk parti bukan Islam namun mereka haruslah bersedia menerima kepimpinannya.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata partinya belajar daripada kesilapan lalu kerana sejak bertahaluf siyasi pada 1986, memperlihatkan hasil tidak menguntungkan kepada Islam terutamanya selepas 2008.
“PAS berpandangan tahaluf siyasi yang hendak dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam. PAS menyediakan platform kerjasama yang dipimpin Islam melalui blok ke-3, Gagasan Sejahtera yang kini disertai Ikatan dan Berjasa.
“Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya akan datang, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kata Hashim, tawaran bekerjasama dengan PAS kali ini mestilah memberi keuntungan kepada Islam sekali gus bertepatan dengan saranan yang pernah dibawa bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Beliau mengingatkan jika Umno menerima Islam, kita bersedia membubarkan PAS. Inilah prinsip kerjasama pimpinan Islam yang menjadikan penerimaan terhadap Islam sebagai syarat kerjasama,” katanya.
Jelasnya, mana-mana pihak yang menentang atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan PAS, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin.

Hashim berkata demikian sebagai satu pendekatan penting dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia juga sebagai strategi satu lawan satu yang menurut Hashim strategi terbaik dalam menewaskan BN yang pengaruhnya semakin lemah pada masa ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi PAS hanya akan bekerjasama dengan parti yang sealiran dengan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia dan ia tidak mempunyai masalah bergerak sendiri tanpa sokongan parti pembangkang lain.
Namun, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Kamarudin Md Nor yakin keputusan Hadi yang mahu PAS menjadi pengemudi utama untuk bekerjasama dengan parti lain, belum muktamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA