Isnin, 21 November 2016

Pas saman Sarawak Report: Netizen soal bila lagi?


Pas memberitahu pihaknya akan menghantar dokumen mahkamah kepada pengasas dan pengendali portal berita itu, Clare Rewcastle BrownPas memberitahu pihaknya akan menghantar dokumen mahkamah kepada pengasas dan pengendali portal berita itu, Clare Rewcastle Brown
Selepas tiga bulan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa akan mengemukakan saman terhadap Sarawak Report berhubung dana RM90 juta daripada Perdana Menteri, Pas memberitahu pihaknya akan menghantar dokumen mahkamah kepada pengasas dan pengendali portal berita itu, Clare Rewcastle Brown.
“Alhamdulillah mesyuarat Pas Pusat telah dimaklumkan bahawa wakil Pas telah menemui QC (queen council) Adam Tudor (QCAT) d London berhubung saman Sarawak Report.
“Langkah pertama akan dibuat untuk menghantar Legal Notice of Demand (LND) kpd Clare Rewcastle Brown (Sarawak Report). Doa dan Tawakkal,” dipetik daripada status Facebook Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang dimuat naik pada petang kelmarin iaitu ketika ‘mood’ awam masih tertumpu pada himpunan Bersih 5.
Walau bagaimanapun, ruangan komentar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dibanjiri dengan kritikan netizen yang mempertikaikan kesungguhan Pas untuk mengambil tindakan ke atas portal berita berpangkalan di London, United Kingdom itu.
Hal ini memandangkan Abdul Hadi pada September lalu memaklumkan Pas pada peringkat akhir persediaan prosiding saman berkenaan.
Pengguna Facebook, Shabri Ismail menulis, “Insyaallah. Allah akan buka aib Pas dan ulamak politiknya” manakala Faizuan Abdullah berkata, “Bulan berapa akan ambil tindakan tu YB Ustaz?”.
Hartini Mahamood pula mempersoal bila lagi Pas akan akan mengemukakan saman tersebut selain daripada hanya bercakap sahaja.
“Action speaks louder than words. Asyik bercakap saja. Tindakannya mana? Bila dah saman, kedua-dua pihak akan kemukakan bukti untuk menyokong bahawa mereka di pihak yang benar. Tak perlu tunggu lagi. Bertindak sekarang. Saman saja,” tegas Hartini.
Sementara itu, Eddy Yuzaidi bertanyakan, “Berapa langkah lagi untuk betul-betul nak saman?” manakala Parandeep Singh hari ini menulis, “104 hari and counting. Tak saman saman lagi.”
Dalam pada masa sama, netizen turut mempersoal sebab Pas tidak diwakili peguam daripada parti itu sebaliknya memilih peguam, Adam Tudor di London.

“Kenapa ambil non Muslim punya lawyer. Pas dah tiada peguam berkaliber ke? Buka sejarah, Pas pernah menyaman akhbar Barat. Kes itu diuruskan oleh tuan Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang). Dan kes itu Pas menang,” ujar Fairuz Sulaiman.
Ogos lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang menyatakan Perdana Menteri merayu supaya Pas menjauhi gabungan pembangkang dan mengalirkan RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti tersebut.
Abdul Hadi kemudiannya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, 13 Ogos lalu berkata, parti itu akan mengambil tindakan saman ke atas portal berita tersebut dalam tempoh kurang sebulan kerana laporan berkenaan dianggap “berniat jahat dan mencemarkan nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada tunjang perjuangan Pas.”

2 ulasan:

  1. Klu dakwa di UK, SR akan panggil najib diantara saksi dia. Mahu kah najib beri keterangan di UK. Apa kata wakil kpd RPK saja.

    BalasPadam
  2. Aku yakin PAS tak akan saman. SR ada cukup bukti.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA