Khamis, 24 November 2016

PAS rancang perhimpunan sokong RUU 355, kata Hadi

Hadi berkata, penerangan di seluruh negara akan diadakan bagi menjelaskan pelaksanaan cadangan pindaan itu serta menangani kebimbangan rakyat bukan Islam terhadap RUU 355.
hadiKUALA LUMPUR: PAS bercadang mengadakan perhimpunan raksasa pada tahun depan bagi membuktikan sokongan besar yang menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan RUU itu bagi memperkasakan Mahkamah Syariah pada Mei lalu berkata, parti itu akan mewakili umat Islam dan bukan Islam yang bersetuju dengan cadangan pindaan itu, termasuk melaksanakan hukuman lebih berat untuk sesetengah kesalahan.
“Tunggu dan lihat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Mengenai lokasi dan tarikh perhimpunan itu, ahli Parlimen Marang itu berkata, ia akan diumumkan tidak lama lagi.
“Tidak semestinya (tahun ini). Dalam tempoh hingga Mac sidang Parlimen akan datang.”
Beliau berkata, ia bertujuan memberi masa kepada mereka untuk memulakan penerangan di seluruh negara bagi menjelaskan cara pelaksanaan cadangan pindaan itu serta menangani kebimbangan rakyat bukan Islam yang takut RUU itu menjejaskan mereka secara tidak langsung.
“Kami akan berjumpa dengan semua pihak NGO Islam, termasuk dialog dengan bukan Islam akan diadakan.

“Saya minta umat Islam menjaga hubungan baik di kalangan bukan Islam. Apa yang penting kena tunjuk sokongan awam. Kita akan mengadakan rundingan dengan semua pihak bagi memastikan himpunan raksasa dapat diadakan sebaik-baiknya.”
Petang tadi, Hadi membentangkan pindaan terhadap RUU 355 yang akan diterangkan secara terperinci pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan”.
Ketika ini, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman pada kadar maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA