Ahad, 27 November 2016

PAS pertahan RUU 355 ikut Perlembagaan

Ketua Penerangan Dewan Ulamak parti itu berharap ahli-ahli politik bukan Islam berusaha memahami pindaan RUU 355 yang dibawa berada dalam kerangka Perlembagaan.
Khairuddin-Aman_pas_law_00
 PAS mempertahankan rang undang-undang (RUU) persendirian berhubung pindaa Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 November adalah selaras dengan Perlembagaan.
Menurut kenyataan dikeluarkan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri hari ini, selama tempoh 51 tahun Akta 355 bermula 1965 sehingga pindaan 1984 adalah selaras dengan Perlembagaan negara.
“Begitulah juga RUU 355 yang bertujuan mengusulkan peningkatan kadar hukuman, sama seperti tujuan pindaan 1984 adalah selaras dengan Perlembagaan,” katanya.
Respons ini susulan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata bangkangan parti terhadap RUU kerana ia tidak mengikut Perlembagaan dan tiada kaitan dengan hakikat ia merupakan RUU “Islam”.
“Akta Mahkamah Syariah 355 wujud selama 51 tahun dan MCA tidak pernah sekali menyentuh mengenai enakmen ini dalam apa jua bentuk atau cara,” katanya.

“Kami tetap tegas menentang sebarang RUU yang bertentangan dengan semangat dan Perlembagaan Persekutuan. Berhubung perkara RUU Hadi, kami menganggapnya berada dalam kedudukan sebegitu.”
Pada masa sama, Khairuddin mengalu-alukan kenyataan presiden MCA itu dan berharap ia membuka jalan kepada ahli politik bukan Islam lain untuk berusaha memahami RUU 355 yang dibawa PAS.
“Dengan cadangan pindaan ini, 3 kesalahan Syariah yang sedia disenaraikan sebagai kesalahan jenayah dalam Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri sekarang dapat ditingkatkan selaras menurut undang-undang Syariah sebenar.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA