Isnin, 28 November 2016

Pas Perak nafi bincang kerusi PRU dengan Umno

Pas nafi bincang kerusi PRU dengan Umno
Razman(tengah) menunjukkan penyebaran kiriman mesej menfitnah Pas melalui aplikasi WhatsApp dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bersama Bahrin(kanan) pada sidang media di Parit Buntar.
PARIT BUNTAR - Pas Perak menafikan berlakunya sebarang usaha perbincangan pembahagian kerusi pilihanraya dengan Umno di mana-mana kawasan sebagaimana tersebar dalam aplikasi sosial media sejak seminggu lalu.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebelum ini, kepimpinan Pas kawasan Parit Buntar mengesan penyebaran fitnah berlaku perbincangan pembahagian kerusi pilihanraya antara kepimpinan Pas kawasan itu dan Umno bahagian Parit Buntar dalam kalangan ahli Pas.
Menurutnya, penyebaran fitnah itu turut mendakwa kononnya Pas kawasan Parit Buntar bersetuju bekerjasama dengan Umno bahagian Parit Buntar dengan memberi laluan Umno bertanding kerusi Parlimen, manakala dua kerusi Dun ditandingi parti Pas.
Razman turut menunjukkan penyebaran kiriman mesej menfitnah Pas melalui aplikasi WhatsApp dilakukan pihak tidak bertanggungjawab pada sidang media di Parit Buntar malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA