Ahad, 20 November 2016

Pas ingatkan kerajaan jangan salah guna Sosma untuk politik


 Maria ditahan di pejabat Bersih di Petaling Jaya pada Jumaat lalu Maria ditahan di pejabat Bersih di Petaling Jaya pada Jumaat lalu
Pas mengingatkan kerajaan agar tidak menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi tujuan politik.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas mengenai penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah akta itu berkata ia adalah tidak betul dan keterlaluan.
"Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak seperti ISA, Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maria ditahan di pejabat Bersih di Petaling Jaya pada Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 selepas polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabatnya.
Turut ditahan, pegawai sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh Karpal.
Penahanan di bawah Sosma membolehkan beliau ditahan sehingga 28 hari.
Tuan Ibrahim berkata, kerajaaan tidak harus mengulangi kesilapan ketika menggunakan Sosma terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathhias Chang kerana melaporkan isu 1MDB.
"PAS konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salahguna kuasa terhadap sesiapa pun.
"Oleh itu, PAS menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria Chin dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA