Selasa, 29 November 2016

PAS HARAP NAJIB AKAN TERGULING & KERAJAAN BN RUNTUH - ZAM

Hati kecil sebahagian besar pemimpin dan penyokong Pas memang mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan terguling dan Barisan Nasional akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang.
Pas melihat pengekalan Najib sebagai PM sehingga pilihanraya umum nanti akan memberikan faedah kepada Pas berbanding jika beliau berundur  sekarang kerana mungkin akan memberi peluang kepada pemimpin lain menyelamatkan UMNO.
Menurut Mursyidul Am Pas Hashim Jasin dalam  interview dengan Sinar Harian “Masa terbaik untuk gulingkan Najib adalah dalam masa pilihanraya umum.”
“Jika Najjib berundur sekarang, penggantinya mungkin memperkuatkan  BN, sama seperti masa  Abdullah Ahmad Badawi gantikan Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Sementara itu saya difahamkan bahawa PAS samasekali tidak akan bertolak ansur  dengan  UMNO  tetapi akan terus mempertahankan Kelantan sepenuhnya di tangan Pas habis habisan.
Dalam pada itu kenyataan terkini Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa  PAS gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam menyebabkan parti itu perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pastinya akan mengundang kemarahan dari pemimpin-pemimpin Pas.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, hukuman sedia ada “tidak mencukupi” buat rakyat di negeri itu menyebabkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menambahnya.
“PAS di Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu menjadi menteri besar Terengganu, enakmen di sana dia turut tukar.
“Maknanya PAS gagal, kalau dia berjaya dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau kamu (PAS) berjaya, saya percaya semua (rakyat negeri Kelantan) akan puasa, ini tidak dia nak tambah lagi, gagallah dia di Kelantan itu.
“Jadi pada kita Umno nak bantu dia nak pastikan dia, kena bantu dia lah sebab dia gagal. Macam kita Umno tak minta pun tambah,” kata menteri pelancongan itu.
Nazri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen ASWARA di kampus itu di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA