Khamis, 3 November 2016

Pas Bersama Pakatan: Rugi masa depan agama, bangsa - Suara Pondok Kelantan

Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz
KOTA BHARU - Percaturan Pas yang bersetuju untuk bersekongkol dengan Pakatan Harapan demi menentang BN pada PRU14 amat merugikan masa depan agama dan bangsa, malah langsung tidak menguntungkan parti itu.
Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Pondok Kelantan, Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz berkata, beliau membantah sekeras-kerasnya hasrat itu kerana yakin apabila Pas dan pembangkang lain bersama, DAP akan lebih dominan.
“Buatlah apa pun syarat, DAP tidak akan patuh dan tunduk dengan Pas, lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini di mana Pas seolah-olah semakin hilang kepercayaan penyokongnya.
“Begitu juga perpecahan dalaman Pas yang semakin parah tidak mungkin pulih,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Syamsul berkata, sudah tiba masanya Pas bersama dalam satu pasukan dengan BN demi memperkukuhkan akidah umat Islam di negara ini dan perkara berkaitan masa depan agama termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355.
Kelmarin, Hashim memberi gambaran positif kepada pembangkang untuk bersatu menentang BN pada PRU14 dengan syarat penyatuan tersebut dibuat atas dasar agama.
Menurutnya, pengalaman sebelum ini memaksa Pas meletakkan syarat dan ia perlu dilakukan, kalau mendapat persetujuan semua, satu lawan satu mungkin dilaksanakan, bagaimanapun jika sebaliknya, Pas tetap menentang walau empat penjuru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA