Ahad, 20 November 2016

Pakcik 75 tahun gagahkan diri sertai Bersih 5, tuntut kerajaan adil


cxm2setuoaa7t8gKUALA LUMPUR, 20 NOV: Mungkin kata-kata ‘dunia akhirnya milik orang muda’ yang memberi konotasi kepada semangat perlawanan orang muda boleh dimaknakan semula.
Begitulah yang terlihat apabila seorang warga emas Tajuddin Hawari atau lebih dikenali sebagai Pak Din, 75 tahun sanggup meredah terik matahari apabila beliau beralan kaki dari Masjid Negara menuju KLCC bersama peserta Bersih 5 yang lain.
cxm2tlnuoaacaddKetika disapa Roketkini, Pak Din berkata beliau datang dari Parit Buntar menaiki keretapi bersama beberapa temannya yang lain.
“Pakcik dari Parit Buntar naik keretapi,” kata pesara juruteknik JKR Perak itu.
Menurut Pak Din, beliau sanggup hadir ke perhimpunan Bersih 5 untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan Barisan Nasional.
“Saya berjalan demi negara. Demi bersihkan pilihanraya Malaysia, dah teruk sangat dah sekarang,” ujarnya menambah penyelewengan yang berlaku dalam negara saat ini menjejaskan negara dan rakyat.
Pak Din berkata, walaupun rakyat negara ini semakin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi masih ramai golongan luar bandar khususnya golongan berusia masih menyokong BN.
“Mereka masih nak ‘lama’ (Umno-BN). Tak berubah.
“Tapi bila pakcik tengok, anak-anak mereka bila balik kampung, banyak yang sudah berubah, tak sama dengan mak bapak depa,” kata Pak Din.

1 ulasan:

  1. Org begini tak makan nasihat CEUPACS atau hj hadi! SYABAS PAK DIN!!! Org muda patut malu sikit kat dia

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA