Rabu, 23 November 2016

Obama mungkin tuju pada Dr M, bukan Najib ampu Salleh

Membaca apa yang tersirat dalam ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semasa sidang kemuncak ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Peru hujung minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beberapa kenyataannya itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak bersetuju dengan dakwaan itu sambil menyifatkan Mahathir dan orang-orang yang menyimpulkan sedemikian sebagai berangan-angan semata-mata.
Sebaliknya, Salleh yang juga bendahari Umno berkata, mungkin Obama merujuk kepada Mahathir.
"Apa yang membuatkan mereka (pengkritik perdana menteri) terfikir dengan begitu banyak isu yang perlu dibimbangi, seluruh dunia memberi tumpuan kepada hanya satu persoalan: 1MDB?
"Mereka menjurus dengan dunia menghadapi konflik dan huru-hara di seluruh pelusuk dan presiden AS tidak ada masa untuk apa-apa lagi selain satu isu semata-mata," ujar beliau.
Sebelum ini, kata Salleh, para pengkritik juga mendakwa Najib takut meninggalkan Malaysia kerana khuatir ditangkap oleh AS.
"Sekarang mereka kata presiden AS serang Najib dalam ucapannya.
"Presiden Obama sebenarnya membuat rujukan umum ke atas dasar AS dan tidak, seperti mana kata Mahathir, merujuk terus kepada Najib," tambahnya.

5 ulasan:

  1. APA BANG MERAPU KATAK KERUAKKKKK

    BalasPadam
  2. Orang macam inilah perosak negara, Tun tak masuk RM2.6 billion keakaun peribadi bank dia. Cukup2lah nak mengampu tu, nanti orang kata kamu bercakap tidak guna otak. Memaĺukan rakyat sabah, itulah dikata burung keruak.

    BalasPadam
  3. KERUAK KEŔAUK KERUAK KERUAKKKKKK€€€€€€€

    BalasPadam
  4. Apa pasal mentri2 dua ekor dari sabah ni suka mengarut, dah mabok kah. Tak boleh cakap betul kah, makin meluat orang dengan NAJIB kerana komen tak berfakta. Membuang duit bayar gaji kamu tapi cakap macam budak kecil. SIALAN!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. Obama MUNGKIN tuju pd dr m tetapi PASTI tuju kpd najib!!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA