Isnin, 21 November 2016

NUJ BEBAS UNTUK BOIKOT UMNO PAHANG SEHINGGA ‘KIAMAT’ – ADNAN YAAKOB


KUANTAN – Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) bebas untuk memboikot sebarang majlis atau aktiviti Umno Pahang sehingga “hari kiamat”, demikian tegas Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
“Terpulang kepada NUJ. Itu hak mereka. Sebagai orang tua, saya tidak berkecil hati.
“Saya tidak akan menyimpan dendam. Sejak menjadi Menteri Besar, saya selalu mengutamakan media dan menyokong program mereka,” katanya.
Beliau menambah, NUJ mempunyai hak untuk memulaukan akvititi Umno Pahang selagi orang ramai tidak melakukan perkara sama terhadap Barisan Nasional.
“Saya mahu mengingatkan bahawa beberapa ahli NUJ pasti akan kesusahan tanpa sokongan Umno,” katanya kepada media, Isnin.
Pada Sabtu, wartawan yang bertugas pada konvensyen Umno Pahang diejek dan diarahkan keluar oleh delegasi parti ketika mereka membuat liputan majlis penutup yang dihadiri Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Perkara itu disedari oleh Adnan apabila melihat kehadiran ramai wartawan di dalam dewan dan memaklumkan kepada mereka bahawa beliau tidak memerlukan liputan media.
Presiden NUJ, Mohd Taufek Razak meminta Adnan dan Umno Pahang memohon maaf susulan insiden tersebut.

1 ulasan:

  1. Minta para pengundi melayu tlg cerdik sikit dan boikot umno hingga kiamat. Ajar dia sikit krn sifat angkuhnya

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA