Khamis, 24 November 2016

NGO pro-PAS beri amaran ahli Parlimen Islam tidak sokong usul Hadi

NGO itu menegaskan ia tanggungjawab ahli Parlimen beragama Islam untuk mewakili kawasan mereka dan mengundi usul Akta 355.
RUU355 RRU3353KUALA LUMPUR: Sekumpulan NGO Islam hari ini mengancam berkempen kepada ahli Parlimen Islam yang membuat keputusan menentang usul rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).
Cadangan pindaan Hadi itu juga dikenali sebagai RUU 355, bertujuan memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan yang termaktub dalam akta tersebut.
Menurut kira-kira 70 orang yang berkumpul di luar bangunan Parlimen pagi ini, adalah menjadi tanggungjawab ahli Parlimen Islam untuk mewakili kawasan mereka dan mengundi usul itu.
Mereka juga berkata bukan Islam tidak perlu campur tangan dalam perkara itu kerana ia tidak melibatkan mereka.
“Kami mewakili 500 NGO Islam menyatakan sokongan terhadap usul ahli Parlimen Marang (Hadi).
“Kami mengadakan jelajah seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sejak Mei tahun ini, untuk menerangkan cadangan pindaan kepada orang ramai. Majoriti daripada mereka menerima penjelasan kami.
“Timbalan perdana menteri sudah tegaskan isu ini hanya menyentuh umat Islam, tidak libatkan bukan Islam. Mereka tidak perlu bimbang dan war-warkan yang ia berkaitan hudud dan sebagainya,” kata Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya.
Apabila ditanya mengenai bilangan penentangan daripada kaum Melayu yang tinggi, Aminuddin berkata setiap langkah ke arah yang baik akan menghadapi beberapa cabaran.
Bagaimanapun, kumpulan itu bersedia mengadakan sesi dialog bagi menangani sebarang kebimbangan orang ramai.
“Tetapi jika terdapat mana-mana ahli Parlimen Islam yang menentang usul ini di dalam Dewan Rakyat, kita senaraikan nama mereka dan turun ke kawasan masing-masing pada pilihan raya umum akan datang. Kami akan menjelaskan kepada pengundi, inilah pemimpin yang selama ini menentang pemerkasaan undang-undang Islam,” kata Aminuddin.

“Apa tujuan mereka berada dalam Parlimen? Kenapa pilih mereka?
“Ini adalah kata 2 daripada kami terhadap mereka. Mereka tidak mempunyai sebab menghentikan usul itu daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.”
Mengenai perubahan pendirian Hadi, di mana beliau kini berkata pindaan itu termasuk had kepada hukuman yang Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan, Aminuddin berkata mereka akan membiarkan perkara teknikal kepada jawatankuasa bertanggungjawab untuk mengemaskini butiran.
“Kami hanya mahu ia diluluskan di Dewan dahulu.”

2 ulasan:

  1. Ngo bodoh ni pernah kah bangkitkan isu rasuah, songlap najib. Rasuah dan curi tu haram, ada dlm quran sedangkan hukum RUU 355 bukan ada dlm quran pun

    BalasPadam
  2. Wajib, sunat atau harus adalah hukum yg telah termeterai dlm islam. Jgn dok pandai2 tokok tambah. Bidaah jadi nya

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA