Ahad, 20 November 2016

Nazri kepada Bersih: Najib masih tak letak jawatan

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berharap Bersih 2.0 maklumkan tarikh himpunan selepas ini untuk dipromosikan dalam Visit Malaysia 2017.
nazri-bersih-1
KUALA LUMPUR: Menteri Datuk Seri Nazi Aziz hari ini mencemuh tunjuk perasaan Bersih 5, dengan berkata gerakan itu gagal dalam misi menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya sudah periksa. Saya hubungi Pejabat Perdana Menteri tadi, dan mereka kata Najib masih tidak letak jawatan,” katanya kepada FMT.
“Mereka menganjurkan tunjuk perasaan ini bagi mendesak Najib letak jawatan, tapi perdana menteri tidak serah surat peletakan jawatan.”
Jelas, katanya, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pihak lain yang terbabit dalam penganjuran tunjuk perasaan itu “bodoh politik”.
Nazri berkata mereka tidak perlu membuang masa menunjuk perasaan di jalanan sekiranya bersungguh mahu Najib letak jawatan.
Sebaliknya mereka boleh tunggu pilihan raya akan datang dan menzahirkan ketidakpuasan hati dengan mengundi lawan Barisan Nasional.
Ketika diminta mengulas tunjuk perasaan itu secara umum, menteri pelancongan dan kebudayaan itu sukacita dengan kelancaran perjalanan tunjuk himpunan itu tadi.
Jelasnya ia membuktikan Malaysia negara demokrasi sebenar.
“Setiap hari orang menunjuk perasaan terhadap bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Di Korea Selatan ribuan berhimpun membantah perdana menteri mereka.
“Itulah demokrasi. Malaysia sama taraf dengan Korea Selatan, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
“Penunjuk perasaan mengangkat martabat Malaysia ke paras negara yang mempunyai tahap demokrasi yang sihat. Saya mahu jabat tangan mereka.”
Nazri turut menggesa gabungan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 supaya menganjurkan himpunan serupa tahun hadapan, dengan syarat pihaknya diberitahu dengan lebih awal supaya ia boleh dimasukkan dalam promosi pelancongan.

“Saya mahu hubungi penganjur dan pastikan mereka maklumkan saya bila mereka mahu adakan Bersih 6.
“Saya mahu tandakan dalam kalendar dan guna tunjuk perasaan itu untuk mempromosikan Visit Malaysia 2017.”
Himpunan Bersih 5 hari ini menarik kehadiran puluhan ribu berpakaian kuning terang. Walaupun himpunan bertujuan untuk mempromosikan penukaran kerajaan, kehadiran kanak-kanak dan peniaga menyebabkan ia kelihatan seperti pesta.

4 ulasan:

  1. Kamu jangan angkoh dan sombong, rakyat mahu najib berundur kerana terbabit dengan perbagai skandal. Najib ni manusia iblis tidak mengaku apa yang dia menyalahi undang2 kerana menyelewing duit rakyat melalui 1MDB. Dia memalukan malaysia, kini rakyat menanggong kesengsaraan akibat kos barangan dah naik. Kamu harus maĺu kerana menyokong rasuah, laknatunllah kamu. Bila rakyat dah menyempah dengan umno tunggu lah akibatnya.

    BalasPadam
  2. InsyaAllah bila kerajaan BN ditendang keluar dlm PRU akan dtg, ramai pemakan dedak termasuk nazri akan masuk resort sg buloh

    BalasPadam
  3. Jika nazri setuju dgn bersih 6,bagitahu najib supaya benarkan takyat berhimpun tanpa sebarang ugutan kpd kakitangan awam dan mahasiswa. Kita tengok berapa ramai nanti akn Berhimpun.

    BalasPadam
  4. haha... bagus cadangan Datok nazri tu.. yg penting tak perlu tunggu tahun depan dato... letak je tarikh selepas belanjawan negara diumumkan. sekali dengan dato punya nama pun depa akan mintak suruh letak jawatan

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA