Selasa, 8 November 2016

Najib pergi sebelum pengundian Bajet 2017 bermula..isu derma RM2.6B dan 1MDB tidak dijawap...!!

Wakil rakyat pembangkang berang terlepas peluang untuk tanya isu bajet, derma RM2.6 bilion dan 1MDB.
najib-bajet
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berada di Parlimen malam ini, tetapi tidak masuk ke Dewan Rakyat semasa kementeriannya membahaskan Bajet 2017.
Malah, beliau membuat kejutan dengan bergegas meninggalkan Parlimen sebelum pengundian ke atas bajet yang beliau bentangkan bulan lepas bermula.
Ketiadaannya dalam Dewan Rakyat mencetuskan kekecohan dalam kalangan wakil rakyat. Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggulung perbahasan bajet.
Najib tiba di Parlimen pada jam 8.40 malam, ketika Johari sedang berbahas dengan ahli Parlimen pembangkang.
Beliau bagaimanapun tidak melangkah masuk ke Dewan Rakyat, menyebabkan pembangkang berang kerana terlepas peluang untuk mengaju soalan berkenaan 1MDB, derma RM2.6 bilion dan peruntukan belanjawan.
“Mana perdana menteri? Mana dia menyorokkan diri? Mengapa beliau tidak berada disini untuk menjawab soalan?
“Nampaknya menteri dalam negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) berbohong bila beliau kata isu RM2.6 bilion akan dijawab menteri kewangan,” kata Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Dewan kemudian kecoh, apabila wakil rakyat kedua belah pihak saling menjerit sesama sendiri.
Soalan Gobind masih tak terjawab selepas perbahasan tamat.
Dipercayai Najib menunggu perbahasan berakhir dan hanya mahu memantau pengundian malam ini. Bajet diluluskan dengan 117 undi menyokong dan 70 undi menolak.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu Dewan seramai 11 ahli Parlimen tidak membuang undi. Kesemuanya daripada PAS.
Najib terlepas beberapa sidang pada sesi kali ini, menyerahkan tugas menjawab soalan kepada kementeriannya dijawab oleh pelbagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan timbalannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA