Ahad, 20 November 2016

NAJIB BUAT LAWAK BODOH LAGI....

Setiap kali berada di luar negara, selalu saja Najib Razak membuat lawak jenaka untuk mengulas perkara-perkara yang berlaku di dalam negara.

Di Jepun minggu lalu, Najib berbangga memberitahu media di sana bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan mengenai 1MDB.

Bukankah lawak kenyataan itu kerana hakikatnya semua orang tahu tiada apa-apa tindakan yang nampak sehingga ini tentang 1MDB, meskipun siasatan di Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah kelihatan hasilnya dan ada yang sudah dihukum penjara.

Sebaliknya juga, apa yang terjadi ialah Peguam Negara dibuang, beberapa anggota kabinet dipecat, kacau-ganggu terhadap pegawai SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM ditukar, pegawai-pegawai Bank negara diugut dan macam-macam lagi.
Dalam keadaan begitu pun, Najib masih mahu berbangga bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap 1MDB.

Ini betul-betul lawak dol...

Ketika di Peru semalam pula, beliau membuat tafsiran bahawa rakyat sudah bosan dengan Kumpulan Bersih dan promosi perhimpunan itu yang tidak memberi faedah kepada negara.

Ini pun sekali lagi lawak jenaka juga kerana bila masa rakyat sudah bosan perhimpunan Bersih?

Daripada mana Najib mendapat maklumat sedemikian?

Daripada laporan TV3, Utusan atau Salleh Said Keruak?

Jika Najib jujur dan meminta pandangan mereka yang biasa pergi ke Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam untuk menonton bolasepak dan membandingkannya dengan kehadiran dalam perhimpunan Bersih 5 semalam, beliau pasti dapat menilai sama ada rakyat sudah bosan atau sebaliknya.

Mereka itu tentu dapat membezakan antara angka 15,500, 20 ribu,  40 ribu atau kononnya sambutan Bersih 5 kali ini hambar atau sebaliknya.

Begitulah Najib selalunya...hanya di luar negara beliau berani berlagak dan bersuara gegak gempita seolah-olah pemimpin suci, sedangkan di dalam negara sendiri, bukan saja beliau mengelak berforum atau menjawab di Parlimen, malah orang yang menyentuh tentang 1MDB di Dewan Rakyat pun diancam dengan siasatan dan hukuman penjara.

Ketika di dalam negara ratusan ribu rakyat bangun mahu menolaknya dan jika setiap yang hadir semalam ada lagi lima kawan-kawan atau saudara mara di belakang mereka, tetapi di luar negara Najib masih mahu mengatakan mereka sudah bosan untuk bangkit bersuara.

Sekali lagi, lawak dol...kali ini baju merah pun tentu turut ketawa sama.
Apa pun tafsiran Najib mengenai perhimpunan semalam, rakyat sebenarnya tidak pernah bosan untuk menyingkirkan pemimpin yang dikenali dunia sebagai kleptokrat atau selalu disebut oleh Tun Mahathir dan Lim Kit Siang sebagai pencuri, perompak dan penyamun.

Sejak zaman berzaman dan banyak dicatat dalam sejarah, pemimpin yang sedemikian tidak perah selamat akhirnya.

Teruslah Najib melawak lagi ketika di luar negara, tetapi rakyat tidak buta untuk membezakan antara hitam dengan putih dan antara kaca dengan permata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA