Isnin, 28 November 2016

Mursyidul am PAS jelaskan mengapa PAS elak serang Najib

Hashim Jasin menyorot kembali kemenangan besar BN pada 2004 di bawah pimpinan baharu Pak Lah selepas pengunduran Dr Mahathir.
Hashim-JasinPETALING JAYA: PAS menganggap kejatuhan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan hanya mengembalikan kekuatan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan orang baharu, kata mursyidul am PAS Hashim Jasin.
Beliau memberikan contoh bagaimana BN yang lemah di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad muncul kuat semula selepas digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyaksikan kemenangan besar merampas semula sejumah besar kerusi pembangkang yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) 1999.
“Bukankah pada pilihan raya 2004, BN menang besar? BN akan lebih kuat dalam tangan orang baharu,” kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.
“Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah,” katanya.
BN memenangi 198 kerusi Parlimen pada PRU 2004 manakala pembangkang memenangi 20 kerusi, majoriti terbesar yang diperolehi BN sejak 1978.
Hashim turut mempersoalkan apa yang akan berlaku selepas kempen pembangkang menjatuhkan Najib berjaya.
“Bolehkah kita pastikan tidak akan ada masalah lagi, jika Najib dijatuhkan? Pada pandangan saya, kalau sistem sama masih dipakai, samalah juga.
“Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya.
“Kalau boleh kata dalam keadaan dia banyak ‘dosa’, banyak perkara yang dia buat orang marah, masa itulah kita tumbangkan dia. Itu lebih baik daripada kita usaha jatuhkan dia sekarang,” katanya.

7 ulasan:

  1. Mampu kah pas lawan dan mengalahkan BN dlm PRU yg akan datang? Yakin sgt ka? Atau najib akan terus berkuasa.

    BalasPadam
  2. Najib je lemah, Pas?

    BalasPadam
  3. mampuih la org melayu...kalau ini cara PAS berfikir....politik kampung boleh la...patut la menang kat kampung ja...kebelakang habis org melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah pemikiran org tak nak kuasa.....eloklah PAS join UMNO/BN...boleh org melayu sedar dan tak tertipu ngan gimik2 pemahaman assobiyah PAS....dan keluar ramai2 dan bila PRU 14 nnt....join umno/bn bungkussssssssssss.....

      Padam
  4. Jadi pas boleh join umno...di pru 14 nnt

    BalasPadam
  5. Org lwn pasai rakyat...kalau umno tukaq pm baru ..dia baguih..rakyat juga utg..apa pun kena la lwn..la ni rakyat dok kena buli teruk..pas dok nganga..pooodah...ingat pas tu kuat ka Sgt...

    BalasPadam
  6. Bila ni pas nak saman Sarawak Report? Dah 3 bulan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA