Ahad, 13 November 2016

Muafakat politik mampu tumbangkan manipulasi sistem pilihan raya

Kerjasama kukuh di antara parti di bawah Pakatan Rakyat bagi memastikan agenda satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dicapai merupakan model perlu dicontohi Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU-14 nanti.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata hasil permuafakat pada 2013 itu, Pakatan berjaya memperolehi undian popular sebanyak 52 peratus sokongan terhadap konsesus itu.

“Pemuafakatan Pakatan yang memberi harapan hanya berjaya jika semua partu berjiwa rakyat bersatu dalam pilihan raya, satu-lawan-satu.
“Dengan kepincangan dan manipulasi sistem pilihanraya berlaku pun, kita berjaya mencapai kemenangan dalam PRU-13 apabila ia berhasil dengan kerjasama kukuh di bawah Pakatan Rakyat dengan mendapat sokongan setinggi 52 peratus undi popular.
“Justeru, pilihan raya dengan agenda satu lawan satu adalah agenda yang wajar ditegakkan,” katanya dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC di sini, semalam.
Jelasnya, Pakatan harus bergabung tenaga dalam menghadapi segala penipuan dan kepincangan untuk merealisasikan mesej jelas daripada rakyat yang mahukan perubahan dengan kerajaan baru.
Katanya, Pakatan juga hendaklah belajar dari sejarah yang melakarkan bagaimana golongan membawa perubahan sentiasa dizalimi, ditentang, difitnah dan dibunuh kerana perubahan dibawa.
“Kita pula tidak mahu sejarah merakamkan bahawa kita gagal membebaskan dan menyelamatkan negara tercinta kerana kita gagal bermuafakat untuk satu lawan satu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA