Rabu, 23 November 2016

MTUC: Umno@BN terdesak ugut penjawat awam jangan sertai Bersih 5

Abdullah Sani berkata, kerajaan tidak boleh meminta penjawat awam mengikut peraturan yang ditetapkan sewaktu mereka tidak bekerja, itu di luar kawalan pihak pengurusan.
Abdullah-Sani-Abdul-Hamid
PETALING JAYA: Amaran ketua setiausaha negara (KSN) akan mengenakan hukuman berat terhadap penjawat awam terbabit perhimpunan Bersih 5 menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdesak untuk mempertahankan tampuk pemerintahan, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan tatatertib termasuk membuang kerja dan potong gaji juga keterlaluan.
“Hak rakyat untuk berhimpun dan berkumpul dibenarkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, jadi kenapa kita nak halang mereka.
“Tindakan KSN itu juga menunjukkan dia tidak matang dan memberi gambaran kerajaan BN terdesak untuk mempertahankan tampuk pemerintahan sehingga sanggup mengugut dan mengenakan tindakan kepada penjawat awam menyertai Bersih 5.
“Kita tidak boleh suruh mereka semua kakitangan awam itu mengikut peraturan yang ditetapkan sewaktu mereka tidak bekerja, itu di luar kawalan pihak pengurusan.

“Kalau macam itu, kenapa kakitangan awam pergi karaoke, pergi berjoli kenapa tak marah. Ini mereka pergi menuntut keadilan kita marah, mana boleh?” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan meminta semua kementerian mengenal pasti kemungkinan pegawai dan kakitangannya terlibat dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kerana dimaklumkan ada “1 atau 2 penjawat awam’ dipercayai pensyarah terbabit dalam perhimpunan itu.
Beliau berkata, hukuman yang akan diambil terhadap penjawat awam itu bergantung kepada bentuk kesalahan mereka, termasuk berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA