Ahad, 13 November 2016

MT Umno berterima kasih kepada Pas tak sertai Bersih 5

Bersih 5
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berterima kasih kepada pimpinan Pas yang dilapor menolak ajakan beberapa pemimpin pembangkang untuk menyertai perhimpunan Bersih 5.
Beliau berkata keengganan Pas untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut pada kali ini (19 Nov) jelas menunjukkan pimpinan parti itu matang dalam membuat keputusan.
Perhimpunan jalanan seperti dilakukan Bersih bukan cara terbaik bagi rakyat membahaskan sesuatu perkara, kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi menyediakan pelbagai ruang, pentas dan platform kepada rakyatnya untuk meluahkan pandangan.
Mustapa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Majlis Permuafakatan Pendidikan Parlimen Jeli di sini hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA