Isnin, 21 November 2016

MP: Zahid mesti jelaskan isu Sosma Maria

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikecam kerana enggan menjelaskan penahanan Maria Chin Abdullah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Anggota Parlimen Padang Serai yang juga bekas naib presiden PKR, N Surendran berkata tindakan Menteri Dalam Negeri itu adalah "tidak bertanggungjawab".
"Adalah tidak bertanggungjawab untuk Zahid mengelak membuat penjelasan dengan mendakwa penahanan Maria adalah hal ehwal operasi.
"Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab atas segala tindakan polis, termasuk berkaitan hal-hal operasi.
"Penahanan Maria adalah isu penting kepada negara dan menjadi perhatian antarabangsa," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam Zahid dilaporkan mengelak daripada menjawab pertanyaan mengenai penahanan pengerusi BERSIH mengikut Sosma.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri memberitahu beliau tidak mahu menyentuh hal berkaitan operasi polis dan peguam negara.
"Untuk itu, kami meminta peguam negara dan ketua polis negara untuk menjawab," katanya di Kuala Lumpur.

Maria Chin ditahan polis pada Jumaat - sehari sebelum perhimpunan BERSIH5 diadakan - di pejabatnya di Petaling Jaya.
Sebelum ini BERSIH disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan menerima pembiayaan daripada Open Society Foundations yang dikaitkan dengan hartawan AS, George Soros.
Mengikut Sosma Maria boleh ditahan selama 28 hari selepas mendapat kelulusan mahkamah.
Maria Chin kini dikatakan dikurung bersendirian.
Surendran berkata Zahid mesti menjelaskan mengapa polis menahan seorang pemimpin pertubuhan sivil seperti Maria Chin mengikut undang-undang yang digubal bagi menangani pengganas.
"Memikirkan Maria Chin menjadi ancaman kepada masyarakat adalah sesuatu yang melucukan," katanya.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA