Isnin, 21 November 2016

MP Seputeh: PM patut pecat Tajuddin jika tak mohon maaf

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman harus dipecat jika tidak memohon maaf atas kenyataan seksis, kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Ujar beliau, kenyataan Tajuddin dalam Dewan Rakyat mengenai Teresa adalah seorang wanita dengan 'Kok' adalah tidak wajar.
"Jika beliau tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf, perdana menteri harus memecatnya.
"Saya tidak ganggunya, tetapi beliau mengeluarkan kenyataan seksis," kata Teresa dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
Nama keluarga Kok adalah fonetik serupa dengan perkataan slanga untuk alat kelamin lelaki.
Tajuddin membuat kenyataan sedemikian secara tiba-tiba hari ini ketika berdebat dengan pembangkang mengenai himpunan BERISH 5 pada hari Sabtu yang lalu.
Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bagaimanapun tidak meminta Tajuddin untuk menarik balik kenyataan itu dengan berkata, beliau hanya merujuk kepada nama Kok.
Ketika ditemui di lobi Parlimen, Tajuddin juga memberi alasan yang sama.
"Nama beliau Teresa Kok. Adakah salah bagi saya untuk mengatakannya adalah satu-satunya dengan nama Teresa Kok itu?" ujar beliau kepada pemberita.
Bagaimanapun, petikan sebenar Tajuddin di dalam Dewan Rakyat adalah: “Satu-satunya perempuan yang ada 'Kok' ini Seputeh.”.
Sementara itu, timbalan menteri Umno itu mencabar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk memanggil beliau dengan gelaran 'sial' di luar Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA