Selasa, 1 November 2016

Minyak global menjunam ke paras AS$40 setong jika OPEC gagal

Goldman Sachs Group Inc. memberi amaran harga minyak global dijangka menjunam ke paras AS$40 jika rundingan antara anggota-anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) pada bulan ini gagal.
Memetik laporan Bloomberg, para penganalisis Goldman termasuk Damien Courvalin dalam nota bertarikh 31 Oktober 2016 menyebut, kekangan dalam melaksanakan kuota pengeluaran selain perbalahan antara anggota OPEC mengurangkan kebarangkalian untuk rundingan tersebut berjaya.
"Kekangan kemajuan dalam melaksanakan kuota pengeluaran dan perbalahan yang meningkat antara pengeluar OPEC memberi bayangan tidak positif untuk memeterai perjanjian pada 30 November ini," ujarnya.
Negara-negara anggota OPEC bakal bertemu di Vienna untuk melaksanakan pengurangan pembekalan pertama dalam tempoh lapan tahun dan mendapatkan sokongan pengeluar lain bukan ahli OPEC untuk menyertai tindakan sedemikian, terutama Rusia.
Setakat jam 4.13 petang ini, minyak mentah Brent didagangkan pada paras AS$49 setong.
Di peringkat tempatan, untuk November 2016, harga baru RON 95 ditetapkan pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.30 seliter dan diesel pada RM1.90 seliter, menurut Paultan.
Ini bermakna berlaku kenaikan 15sen untuk setiap jenis minyak bermula tengah malam tadi.
Harga baru ni juga sekali gus mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.
Walaupun mendapat kecaman pelbagai pihak ekoran kenaikan tersebut yang dibimbangi menambah beban rakyat negara ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kenaikan petrol bulan ini sepatutnya 20sen dan bukan 15sen.
Kata Johari, keadaan itu berlaku kerana berdasarkan harga semasa petrol pada Oktober tetapi perdana menteri berpendapat kenaikan itu wajar dikurangkan sedikit untuk pengguna.

Mengulas lanjut, para penganalisis Goldman berkata, ketidak mampuan negara anggota OPEC mencapai persetujuan telah menyumbang kepada penurunan harga minyak mentah global.

"Ketidak upayaan untuk mencapai persetujuan telah membuatkan harga minyak menjunam secara mendadak dengan asas-asas minyak yang semakin lemah hingga mewajarkan harga minyak berada ke paras AS$40 setong dan ke bawah jika OPEC tidak dapat mencapai perjanjian yang meyakinkan," tulis penganalisis Goldman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA