Isnin, 28 November 2016

Menteri Umno cadang wujudkan MRSM berbayar

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Ismail-Sabri-Yaakob
PUTRAJAYA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.
Beliau berkata ini kerana beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah terutama dari luar bandar.
“Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Mara untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.
“Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Sementara itu semasa berucap pada perhimpunan itu, Ismail Sabri berkata pelajar daripada golongan isu rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan memasuki MRSM mulai tahun depan.

3 ulasan:

  1. Menteri tak ada otak.

    BalasPadam
  2. UMNO/Bn...kalu nak menipu pun biorlah jgn nampak sgt.....pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan yg berkuasa.....untuk menyediakan.....mana ada org nak perkhidmatan berbayar....penipu betul korang nie.....sbb dia org dah bayar mcm2 cukai....dan mereka berharap kerajaan yg bertanggungjawab(bukan kerajaan penyamun) menyediakan secara percuma kalu boleh.....korang jgn nak menggunakan penipuan korang nak menhalalkan rompakan ...samaunan korang laaa.....kalu tak mampu...silakan berundur.....bagi kepada yang berkemampuan melakukannyer....jgn jadi sombong bangang......dan menyusahkan rakyat yg tengah tersepit kini....dgn mcm2 pembulian korang.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA