Khamis, 10 November 2016

Menjelang Konvensyen PH: Muhyiddin hadiri program Pas cetus persoalan


Adakah Muhyiddin masih berharap Pas akan menyertai Pakatan Harapan?Adakah Muhyiddin masih berharap Pas akan menyertai Pakatan Harapan?
Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini, kehadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Ceramah Umum anjuran Pas di Sijangkang, Selangor malam tadi mencetuskan persoalan banyak pihak.
Turut dilihat hadir dalam program itu Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Bagi bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, kehadiran Muhyiddin dan Yaakob dilihat seolah-olah menguji kesabaran Amanah dan DAP.
“Tidak ada wakil Amanah dan DAP. Apa yang Muhyiddin dan Yaakop Sapari cuba sampaikan dengan menyertai ceramah bersama wakil rakyat Pas di Selangor?
“Adakah anda semua sedang menguji kesabaran kami (DAP dan Amanah)?” soalnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, netizen Fuad Othman berpendapat kebanyakan pemimpin PKR masih mahu Pas menyertai Pakatan Harapan dan keadaan ini memerlukan tindakan kepemimpinan parti itu.
“Jika tidak Pakatan Harapan juga menjadi Pakatan Rakyat (berpecah). Tiada guna kita bekerjasama dengan parti ‘flip flop (Pas). Tolong bergerak maju. Rakyat tahu dan melihat semuanya YB (Yang Berhormat),” ujarnya lagi.
Ura-ura membawa masuk Pas dalam Pakatan Harapan dibantah ramai penyokong.Ura-ura membawa masuk Pas dalam Pakatan Harapan dibantah ramai penyokong.Konvensyen Pakatan Harapan di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam Sabtu ini bakal menyaksikan Muhyiddin memeterai perjanjian kerjasama antara Amanah, PKR dan DAP dengan Bersatu.
Dalam perkembangan berkaitan, serentak dengan tarikh konvensyen tersebut, satu demonstrasi aman membantah penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan dijadualkan berlangsung pukul 7.45 pagi.
Program anjuran Sekretariat NGO Pro-Pakatan Harapan itu mengalu-alukan semua pihak hadir dengan memakai pakaian yang mewakili NGO masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA