Selasa, 8 November 2016

Menjelang Bersih 5 negara perlu ramai 'Adam Adli'


Mohd Sany Hamzan Mohd Sany Hamzan Malaysia memerlukan lebih ramai lagi anak muda yang bersemangat waja dalam menumbangkan pemerintahan kleptokrasi sedia ada, tegas Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan.
“Kita mahu ramai lagi anak muda yang mengikuti jejak langkah semangat juang Adam Adli. Zahirkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat dalam himpunan aman Bersih 5 pada 19 November di ibu negara nanti,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, kerajaan yang memerintah pada masa ini sudah menjadi kerajaan kuku besi dengan mengenakan pelbagai akta menekan rakyat daripada memperkatakan kebenaran yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
“Agensi-agensi penguatkuasa diarah mengikut telunjuk mereka mengakibatkan hak rakyat dalam negara ini sudah banyak dinafikan oleh sang penguasa.
“Ayuh rakyat Malaysia kita turun untuk selamatkn negara. Anak muda, jangan negara yang akan kamu warisi sekarang menuju kehancuran.,” tegas Sany lagi.

Adam AdliAdam AdliKes aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim yang dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan ditangguhkan di Mahkamah Rayuan semalam.
Pada 19 September 2014, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Adam Adli
Beliau didapati bersalah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Adam Adli dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah selepas pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.
Adam Adli gagal mengetepikan sabitan hasutan pada Februari tahun ini, tetapi Mahkamah Tinggi memutuskan beliau hanya perlu membayar RM5,000 denda berbanding setahun penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA