Selasa, 15 November 2016

MENGAPA RINGGIT JATUH TERUK & KENAPA SYARIKAT TEMPATAN DIKETEPIKAN PROJEK ECRL


Masih ingatkah anda kepada aksi seorang pensyarah muda dari Melaka yang petah bercakap ketika majlis Muhyiddin bulan lepas ?
Di majlis Forum bersama kepimpinan PPBM di Bukit Jelutong anjuran PPBM Shah Alam baru ni, saya berkesempatan bertemu saudara Fendi Ahmad sekali lagi dan sempat sekali lagi merakam komen serta pandangan beliau mengenai dua isu yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu Isu ECRL dan Isu Kejatuhan Ringgit berbanding Dolar Amerika.
– Ringgit Malaysia dan Dolar Australia antara dua matawang yang mencatatkan kejatuhan teruk di rantau ini
– Kejatuhan RM lebih teruk berbanding Rupiah, Peso atau Baht
– Di sebalik dakwaan macai yang ia tidak bawa implikasi, ekonomi negara mantap bla bla bla, kejatuhan ringgit menyebabkan harga barangan import naik. Banyak barangan keperluan yang kita terpaksa import seperti susu bayi dan lampin pakai buang di mana kejatuhan ringgit beri impak besar kepada kehidupan rakyat biasa
– Belum diambilkira kesan GST dan lain2 … semuanya menghimpit kehidupan rakyat
– Faktor utama kejatuhan ringgit adalah kerana kejatuhan nilai komoditi seperti harga minyak, kelapa sawit dan lain2
– Tapi kenapa ringgit jatuh lebih teruk berbanding negara2 jiran ?

– PERSEPSI memainkan peranan besar. Nilai ringgit bergantung kepada supply and demand. Bila persepsi orang luar kepada negara kita negatif, pelabur2 asing akan menjauhkan diri dari melabur dalam negara, menjual pegangan saham mereka, tidak lagi menyimpan rezab mereka dalam bentuk ringgit dan tidak lagi melabur dalam negara kita.
– Ketidakyakinan kepada masadepan Malaysia akan menyebabkan mereka mula menjual ringgit mengakibatkan berlaku lambakan ringgit di pasaran dan kesannya nilai ringgit akan jatuh.
– PERSEPSI NEGATIF itulah yang kita kena tangani segera !
Mengenai projek landasan keretapi Patai Timur ( ECRL ), Fendi mengulas –
– Adakah projek ECRL bernilai RM55 bilion secara 100% hutang itu sesuai pada masa ini dalam negara berdepan hutang yang menimbun ?
– Syarikat2 Malaysia sendiri punya kemampuan untuk membina landasan keretapi dan membangunkan projek2 hartanah, kenapa perlu pakai syarikat dari negara China ? Malah syarikat kita menerima kontrek pembinaan landasan keretapi di India !
– Adakah syarikat tempatan yang terbukti berjaya itu tidak mampu untuk melaksanakan projek ECRL ?
– Begitu juga dengan projek Bandar Malaysia dan TRX, apakah syarikat tempatan tidak layak ?                                              **********************************
Komen anak muda ini buat saya tertanya akan satu persoalan – Kenapa Najib begitu taksub dengan negara China hingga mengenepikan syarikat2 tempatan yang sudah terbukti mampu melaksanakan projek2 yang diberikan kepada syarikat2 China ?
ECRL dan Bandar Malaysia ….. berbillion2 ringgit tuh ! Contohnya ECRL …. tetiba jer Najib macam terdesak nak buat landasan keretapi di Pantai Timur itu …. bukannya Najib tak tahu yang negara yang dipimpinnya tengah sarat dengan hutang yang menimbun, ekonomi pula tenat, ringgit jatuh …. bukannya tak boleh tunda sehingga keadaan pulih ? Kontrek pula secara terus bukannya melalui tender terbuka.
Ya dua faktor itu harus kita tanya – Kenapa terdesak dan Kenapa pilih China ?
Adakah kerana dengan China yang terbukti boleh kautim sehingga disenaraihitamkan oleh Bank Dunia mampu bantu Najib menyelesaikan masalah hutang 1MDB ?
Kita TANYA jer …. sebab keputusan Najib itu pelik dan main redah tanpa memperdulikan pandangan rakyat terutama mereka yang sememangnya pakar dalam bidang berkaitan.
Kerajaan Najib macam biasalah …. mereka akan jawab tapi jawapan mereka sekali dengar macam dah jawab, dua kali dengar baru perasan yang mereka sebenarnya tidak menjawab soalan yang kita tanya.
Skill mengalih topik memang kepakaran macai Najib.  Yang itu kita kena akui.



Buang Sikap MaluAlah – Jika Jatuh, Bangun dan Lawan Lagi !
Demokrasi tidak berjalan lagi di negara kita kerana Najib menjalankan pemerintahan kukubesi. Kalau kita buat laporan tentang dia curi duit, dia tangkap kita. Jadi payahlah … mana ada demokrasi macam itu.
Kita semua sama .. equality before the law, tak peduli la siapa, kalau raja pun ada undang2 sekarang ni. Mereka boleh dihadapkan ke mahkamah kalau dia pukul orang atau bunuh orang. Ada undang2.
Tapi Najib ini … ada orang yang nak bantu dia. Kalau sesiapa cuba soal prestasinya, maka dia akan di tangkap, tahan dan dihadapkan ke mahkamah. Inilah yang sudah berlaku.
Sebab itu ramai daripada kita berasa takut tetapi kalau kita takut, kita kalah.
Orang Melayu ada satu perkataan yang … saya cari dalam bahasa lain tidak ada. Dia selalu MALU ALAH. Dia selalu malu, dia selalu kalah, Kita tidak boleh terima lagi perkataan atau pendapat semacam itu.
Kita mesti cuba. Kalau kalah, jatuh tersungkur pun … bangun dan lawan lagi !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA