Jumaat, 4 November 2016

Media jangan tunjuk Baju Merah saja negatif, kata KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-duanya Baju Merah dan Bersih 2.0 “buat kacau”.
Khalid-Bersih-MerahKUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata media tidak sepatutnya menunjukkan hanya gerakan Baju Merah saja yang negatif kerana kedua-duanya – Bersih 2.0 dan Baju Merah “buat kacau”.
Ketua polis negara itu berkata demikian ketika ditanya sama ada ketua Baju merah, Datuk Jamal Md Yunos sudah menghantar notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan pada 5 November, atau tidak.
“Sudah banyak kali saya cakap, jangan tanya saya mengenai 1 kumpulan saya. Jangan cuba dan beri gambaran negatif hanya kepada Baju Berah. Kedua-duanya kuning dan merah menimbulkan masalah,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.
Bagaimanapun, beliau kemudian memberitahu belum dimaklumkan mengenai sebarang notis dikemukakan ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur.
“Saya belum dimaklumkan mana-mana notis. Semua orang tahu dia buat banyak kenyataan, tapi tak beri apa-apa.

“Benda sama juga dengan kuning (Bersih 2.0). Ada mereka beri kami notis bila hendak ke Johor dan negeri lain? Mereka perlu patuh Akta Perhimpunan Aman,” katanya.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan kerajaan untuk melarang kedua-duanya berhimpun pada 19 November, meskipun mereka sudah menghantar notis 10 hari kepada polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berkata lokasi yang dicadangkan Bersih 2.0 sebagai penganjur perhimpunan Bersih 5, berada dalam senarai lokasi larangan di bawah akta itu.
Pengumuman Zahid dibuat tidak lama selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan keputusan menolak permohonan kedua-duanya, Bersih 2.0 dan Baju Merah untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA