Khamis, 17 November 2016

Maria ingatkan Umno juga berdemo di era British

BERSIH hari ini menolak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya rakyat negara ini.

Malah, kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Umno sendiri berdemonstrasi menentang British sebelum merdeka.

“Umno tidak akan hidup jika mereka tidak turun ke jalan raya.

“Jika kamu ingat bagaimana kita merdeka, kita turun ke jalan-jalan raya, sejak awal sejarah kita lagi.
“Kita berhak untuk berbeza pendapat. Demonstrasi jalanan sentiasa jadi budaya kita,” kata Maria dalam sidang media di pejabat BERSIH di Petaling Jaya hari ini.
Maria juga berkata demonstrasi dapat menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat serius mahu perubahan.

“Ia sebahagian daripada perjuangan kita untuk kemerdekaan. Dan sekarang kita berjuang untuk sebuah Malaysia baru,” kata Maria.
BERSIH akan mengadakan perhimpunan besarnya Sabtu ini bertemakan “Satukan Tenaga, Malaysia Baru”.

1 ulasan:

  1. Rakyat tak kan turun dijalanan jika pemimpin kerajaan tidak korup. Banyak penyelewingan berlaku dan MO1 dan menteri2 nya dari umno juga banyak menyalahkan kuasa. Rakyat diugut, yang buat laporan ditangkap dan yang rasuah dibiar bebas. Apa undang2 yang dipakai oleh kerajaan MO1 nak tutup kesalahan rasuah dan penyelewingan ini. Berani kerana benar, makin disekat, rakyat makin percaya yang MO1 bersalah.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA