Azumin Yunus, anak sulung pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, hari
ini membuat laporan polis terhadap penahanan ibunya bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Petaling
Jaya, Azumin menegaskan Maria bukan pengganas dan justeru berhak
mendapatkan layanan peri kemanusiaan ketika ditahan.
Selepas ditahan pada Jumaat, Azuman berkata anggota keluarganya hanya
berpeluang bertemu Maria sebenar sahaja di IPD itu semalam.
“Sekarang anggota keluarga tidak tahu di mana dia dan bila lagi akan jumpa dia.
“Kami benar-benar tidak tahu dan ini amat menakutkan kami. Emak kami dibawa pergi,” katanya.
Maria ditahan atas alasan cuba memudaratkan demokrasi berparlimen
dalam serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di
pejabatnya di Petaling Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA