Jumaat, 4 November 2016

Malaysiakini lapor polis Jamal gertak mahu 'runtuhkan' bangunan esok

Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam mengertak mahu 'meruntuhkan' bangunan  Malaysiakini sekiranya gagal dalam tuntutannya terhadap portal media itu.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam mengertak mahu 'meruntuhkan' bangunan Malaysiakini sekiranya gagal dalam tuntutannya terhadap portal media itu.
 Portal media Malaysiakini hari ini membuat laporan polis terhadap amaran Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menggertak mahu 'meruntuhkan' bangunan Malaysiakini esok
Pengurus besar portal berita itu K Manohar telah membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya petang ini, susulan amaran Jamal di pejabat Malaysiakini semalam.
Jamal dalam kunjungannya bersama kira-kira 100 penyokong semalam memberi amaran sebahagian bangunan Malaysiakini akan runtuh esok jika dakwaan portal ini menerima dana hartawan George Soros tidak diperjelas.
Jamal berkata: “Sekurang-kurangnya 20,000 orang akan turun ke sini. Dan kita akan pastikan sebahagian bangunan ini akan runtuh pada 5 November (esok).”
“Saya buat laporan polis ini dan dengan rendah diri mohon pihak polis turunkan pegawai untuk melindungi kakitangan dan pejabat jiran-jiran kami dan memastikan kawalan orang ramai bagi mengelakkan Baju Merah mengambil tempat seperti ancaman dibuatnya,” menurut Manohar dalam laporan itu dipetik dari portal berita itu.
Manohar juga memberikan transkrip pertemuan Jamal dan pengikutnya dengan pasukan Malaysiakini yang diketuai Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan.

Rakaman video pertemuan kira-kira 20 minit semalam turut diserahkan untuk membantu siasatan pihak polis.
Dalam pertemuan semalam, pengarang-pengarang Malaysiakini telah menjelaskan berkaitan sumber kewangan mereka dan berkaitan dana Open Society Foundation (OSF) yang diasaska Soros untuk menghasilkan program berita berkaitan Sarawak di KiniTV.
Malaysiakini juga menjelaskan maklumat berkaitan bukan rahsia dan telah dimuatkan di laman web dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja, manakala aspek kewangan sudah diaudit setiap tahun dan terbuka kepada penelitian Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA