Isnin, 14 November 2016

Malaysia terdedah pada kejutan keyakinan

Tahap hutang luar negara Malaysia yang tinggi menjadikan ia terdedah kepada kejutan keyakinan, kata agensi Moody Investor Service Inc.
Moody berkata hutang luar negara berkembang daripada 30 peratus kepada 100 peratus dari 2012 hingga 2015, lapor akhbar kewangan harian The Edge.
Ini adalah mengikut laporan terkini Moody yang disediakan kepada pelanggan hari ini.
Agensi itu berkata, Malaysia mempunyai keupayaan terhad untuk pelonggaran dasar monetari yang agresif, kerana ia boleh mencetuskan aliran keluar modal, lapor The Edge.
Bank Negara Malaysia menguatkuasakan semula peraturan sedia ada melarang dagangan ringgit luar pesisir, di tengah-tengah kejatuhan ringgit berikutan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Bank pusat itu juga menasihatkan orang ramai supaya menggunakan bank-bank berlesen bagi keperluan pertukaran asing, manakala pengurus dana asing dan aset diberitahu untuk menghubungi bank bagi mendapatkan nasihat.
CIMB Investment Bank Bhd hari ini berkata ia menjangkakan lanjutan susut nilai ringgit, turun kepada RM4.80 berbanding dolar AS, dalam tempoh enam bulan akan datang, kerana kekurangan kejelasan dalam dasar pentadbiran baru AS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA