Rabu, 16 November 2016

Malaysia tambah condong kepada China jika TPPA gagal

Pembentukan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, yang dipromosi China, dijangka dipercepatkan jika TPPA tidak dilaksanakan.
malaysia-chiian-tppa
KUALA LUMPUR: Kemungkinan terkuburnya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka mendorong Malaysia dan beberapa negara lain lebih hampir kepada China.
Malah cadangan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kini dijangka memperoleh lebih menguntungkan. Ia direka sebagai pengimbang kepada TPPA di mana China ketinggalan.
Kemenangan pilihan raya presiden yang memihak kepada Donald Trump di Amerika Syarikat (AS) hampir memeterai nasib TPPA.
Trump tidak mahukannya dan menyatakan beliau akan mengambil pendirian yang lebih melindungi.
Ini menjadikan rundingan RCEP dipercepatkan di mana ia tidak melibatkan AS.
RCEP, perjanjian perdagangan pan-Asia pertama dilancarkan oleh Asean pada 2012 banyak dipromosikan China dan sudah melalui 15 pusingan rundingan.
Menurut laporan CCTV, terkuburnya TPPA pada saat Malaysia sedang melihat ke timur bagi memacu pertumbuhan pelaburan perdagangan.
Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat China baru-baru ini, Malaysia menandatangani perjanjian perniagaan bernilai AS$35 bilion.
Sambil berkata China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia, Najib berkata ia mempunyai modal untuk melabur di Malaysia.
Justeru, seharusnya Malaysia melihat pelbagai peluang ekonomi untuk bekerjasama rapat dengan China.
Laporan CCTV memetik Profesor Yeah Kim Leng, seorang pakar ekonomi di Universiti Sunway sebagai berkata, China akan menjadi rakan kongsi lebih penting bagi memacu Malaysia ke peringkat pertumbuhan seterusnya.
Sementara itu, Bloomberg melaporkan usaha China memperkukuhkan kepimpinannya dalam ekonomi mendapat perhatian dalam usaha melaksanakan RCEP di seluruh Asia.
16 negara yang terlibat dalam RCEP termasuk semua 10 anggota Asean iaitu China, Jepun, India, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Ia mewakili kira-kira 30% daripada keluaran dalam negara kasar dunia dan hampir separuh penduduk dunia malah ada yang sudah mendaftar untuk TPPA.
Presiden Xi Jinping dijangka menggunakan peluang pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Lima bagi mendapatkan momentum untuk RCEP.
Bloomberg berkata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Selasa mengesahkan negaranya mengalihkan perhatian kepada RCEP.
Ia memetik Song Hong, felo kanan di Akademi Sains Sosial China berkata yang pakatan dipimpin China menjadi pilihan yang baik bagi negara-negara yang bergantung kepada perdagangan bebas, termasuk Australia, Singapura dan Jepun.
Bloomberg berkata China tidak sabar mendapatkan persetujuan RCEP tahun ini, tetapi mengakui ia tidak mungkin. Beberapa negara lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat sekirannya TPPA berjaya mendapatkan semula pertimbangan Trump, memetik kata-kata seorang pegawai China yang terlibat dalam rundingan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA