Ahad, 6 November 2016

MALAYSIA SEDANG DI JUAL: ‘BENCANA LIDAH’ & PERJANJIAN RM140 BIL CHINA – UTUSAN PERTAHAN NAJIB


DARI kejayaan meraih perjanjian perniagaan RM140 bilion dengan China, tiba-tiba boleh pula diputarbelit ke kononnya ‘Malaysia sedang dijual’.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang begitu pesat nampaknya membuka peluang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu.
Mana tidaknya.Penjualan tele­fon bimbit sahaja di negara ini mencecah 10 juta unit. Untuk re­kod 2014 sahaja, pengguna membelanjakan kira-kira AS$2.66 bilion (RM8.74 bilion) untuk peranti popular berkenaan dari Ja­nuari hingga Disember tahun lalu.
Media sosial adalah medium paling berpengaruh dalam menyebarkan maklumat. Maklumat dikongsi dalam bentuk video, aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook sehingga menjadi viral.
Hasilnya bukan sahaja maklumat diviralkan mengundang fit­nah malah bagi yang gagal me­ngawal emosi, mendorong reaksi caci-maki dan tokok-tambah cerita. Hari ini dosa dan fitnah boleh beranak-pinak dengan cepat.
Inilah yang dikatakan bencana lidah internet.
Sama ada sedar atau tidak, lidah yang boleh berkata-kata adalah nikmat kurnian tuhan. Aset ini bukan sahaja di dunia boleh digunakan tetapi sehingga di akhi­rat.
Muazz bin Jabal pernah bertanyakan kepada Rasulullah. Wahai Rasulullah, tunjukkanlah aku satu amalan apabila aku lakukan, Allah masukkan terus aku ke dalam syurga dan dijauhkan de­ngan neraka.
Nabi bercakap tentang Rukun Islam, Rukun Iman, soal sedekah, solat lima waktu, puasa dan lain-lain.
Akhirnya Nabi bertanya kepada Muazz, mahukah aku tunjukkan suatu yang menjadi dasar semua perkara yang aku sebut tadi. Maka, Nabi tunjukkan ke arah lidah. Jagalah lidah ini.
Tanya Muazz, adakah manusia akan diazab kerana lidah. Kata Nabi:
“Malangnya engkau tak tahu, apakah engkau fikir manusia ma­suk neraka kerana dosa-dosa­nya yang lain.
“Manusia dihumban ke neraka dalam keadaan dirinya berada di atas dengan wajahnya di bawah kerana dosa-dosa disebabkan lidah mereka.”
Janganlah dijadikan alam ma­ya terutama media sosial sebagai wakaf dosa.
Sentiasalah berwaspada de­ngan perkara yang ingin dikongsikan. Ini agar perkara yang diviralkan itu tidak mengundang fitnah dan dosa yang berpanjangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA