Rabu, 23 November 2016

Malaysia patut atasi Singapura semasa Dr M memerintah, kata Nazri Aziz

Menteri Umno itu berkata Dr Mahathir ‘tidak wajar’ membuat kenyataan sebegitu dan ia mungkin didorong perasaan marah dan kekecewaan atas kegagalannya menjatuhkan Najib.
nazri-mahathir-1
KUALA LUMPUR: Jika Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar percaya Malaysia sepatutnya mengatasi Singapura, mengapa ia tidak berlaku semasa beliau menjadi perdana menteri, soal Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Menjawab dakwaan Dr Mahathir yang jika bukan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ekonomi dan pembangunan Malaysia mengatasi Singapura, Nazri berkata perbandingan itu tidak perlu dilakukan secara melulu.
“Kita tidak boleh membandingkan Singapura dengan Malaysia.
“Singapura adalah sebuah negara bandar dan Malaysia sebuah negara dengan keluasan tanah lebih besar.
“Tetapi jika kita (di belakang Singapura), maka ia sudah lama seperti itu selama ini.
“Dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun,” katanya dalam temu bual dengan FMT hari ini.
Menurut Nazri, Dr Mahathir “tidak wajar” membuat kenyataan sebegitu dan ia mungkin didorong perasaan marah dan kekecewaan atas kegagalannya menjatuhkan Najib.
Beliau juga berkata, kata-kata bekas pemimpin berusia 91 tahun itu tidak membawa apa-apa makna kerana akhirnya ia berkisar tentang tindakan “orang tua yang marah” di mana ia sudah boleh diramal kalangan ahli Umno, parti yang beliau ketuai selama lebih 2 dekad.
“Saya tidak mahu membuang masa mengulas kenyataan beliau,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Dr Mahathir, dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam berkata Malaysia mempunyai potensi mendahului Singapura.
Negarawan yang digelar “bapa pemodenan” Malaysia itu berkata, potensi ini gagal direalisasikan di bawah pentadbiran Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA