Isnin, 7 November 2016

Majlis Peguam terima dana OSF: Kepala mereka di 'remote control' Soros, kata Jamal


Jamal ketika adakan demontrasi aman di pejabat Malaysiakini Sabtu lalu bercadang sekali lagi adakan demontrasi di pejabat Majlis Peguam Malaysia.Jamal ketika adakan demontrasi aman di pejabat Malaysiakini Sabtu lalu bercadang sekali lagi adakan demontrasi di pejabat Majlis Peguam Malaysia.
Selepas mengadakan demontrasi aman Sabtu lalu, di ibu pejabat Malaysiakini, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos bercadang untuk mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia.
Jamal dalam satu kenyataan berkata, beliau merancang mengadakan demontrasi besar-besaran kerana mendakwa pembabitan secara lansungMajlis Peguam berhubung dana diterima daripada Open Society Foundations (OSF), yang dikaitkan dengan jutawan Amerika George Soros.
"Pihak kami merancang untuk mengadakan demo besar besaran ke atas Majlis Peguam negara kerana bagi kami apa yang dilakukan majlis peguam selama ini tidak beri manfaat keapda rakyat selain jadi pembangkang kepada kerajaan bukan kebaikan kepada rakyat negara
ini.
"Apa yang mereka lakukan sudah terbukti di belakangnya dikawal di pantau oleh Soros supaya menentang kerajaan untuk jatuhkan kerajaan sediakan yang dipilih demokrasi," ujarnya.
Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abu Bakar mendedahkan polis sedang menyiasat Majlis Peguam di bawah Seksyen 124C Kanun keseksaan.
Seksyen 124 C adalah peruntukan berkaitan kesalahan membabitkan aktiviti-aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khalid dipetik berkata, lima anggota pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat Bersih dan Malaysiakini di bawah undang-undang yang sama juga telah ditugaskan untuk menyiasat Majlis Peguam.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, pembabitan Majlis Peguam dengan menerima dana daripada Soros adalah satu peerbuatan yang keji.

"Penglibatan mereka ambil dana satu perbuatan keji. Mereka tahu George Soros pernah buat negara kita hampir bankrap kerana ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa.
"Perbuatan Majlis Peguam mengambil dana OSF satu perbuatan khianat dan mengkhianati rakyat Malaysia.
"Kepala mereka ini di 'remote control' oleh Soros," ujarnya.
Justeru Jamal mahu mengadakan demontrasi dan berhasrat kerajaan akan membubarkan majlis peguam itu yang mendakwa kewujudan majlis itu tidak memberikan manfaat terhadap kerajaan dan rakyat negara ini dengan sanggup menerima dana asing.
"Kami sedang berbincang dengan rakan peguam untuk mendapatkan nasihat dari segi undang-undang sebelum kami melancarkan demontrasi besar-besaran," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA