Rabu, 16 November 2016

Mahu Tunggu Siapa Lagi Jadi Mangsa Umno@Bn ?

Oleh WFAUZDIN NS
MAHU tunggu siapa lagi yang dipenjarakan? Anwar telah pun merengkok di dalam. Rafizi pula bakal merengkok juga di dalam. Yang masih menanti giliran adalah Tian Chua, Nurul Izzah dan beberapa pimpinan lagi.
Kita masih merasa selamat di luar sebab kita merasakan tidak kena pada kita, adik beradik, keluarga atau saudara mara kita. Sampai bila kita mahu mempertahankan kezaliman ini? Sampai bila kita hanya mampu menggelengkan kepala dengan apa yang kita saksikan? Masakan kita tidak tahu apa yang Anwar dan Rafizi perjuangkan?
Adakah mereka mahu memperjuangkan nasib diri dan keluarga mereka sahaja? Anwar bukan dari keluarga yang susah macam kita.
Sebelum dipenjarakan, Anwar ada gaji sebagai Ahli Parlimen dan ada elaun Ketua Pembangkang. Isterinya juga adalah Wakil Rakyat yang mempunyai gaji dan elaun yang bukan sedikit.
Anaknya, Nurul Izzah pun begitu. Anwar bukan keluarga susah macam kita. Tapi mengapa Anwar sanggup masuk penjara untuk kali kedua? Begitu juga Rafizi.
Sebelum menceburi politik, Rafizi ada kerjaya lumayan di Petronas dengan gaji puluhan ribu sebulan. Bila dia jadi Ahli Parlimen, dia juga mendapat gaji dan elaun belasan ribu sebulan. Rafizi bukan hidup susah macam kita.
Kita lihat sendiri bila Rafizi istiharkan hartanya secara sukarela, beliau memiliki simpanan lebih dari sejuta ringgit. Bukan dari duit rasuah, komisyen atau sebagainya, Apakah kita rasa Anwar dan Rafizi sanggup masuk penjara kerana kepentingan diri?
Anwar dan Rafizi korbankan kesenangan yang ada tidak lain tidak bukan adalah kerana kita. Kerana rakyat.
Mereka tahu rakyat tengah derita dan sengsara sekarang. Mereka tahu banyak hak rakyat yang telah dirompak oleh penyamun.

Maka, Anwar dan Rafizi dedahkan agar kita tahu bahawa kita susah kerana hak kita telah dirompak.
Apakah kita masih mahu berdiam diri? Tidak cukupkah lagi mereka menjadi korban kerana sikap kita yang tidak ambil kisah ini?
Cukuplah. Marilah kita sama-sama baiki negara kita. Tidak perlu lagi kita tunggu korban-korban seterusnya.
Sekarang giliran kita pula untuk berkorban, bukan perlu masuk penjara atau perlu ke depan seperti Anwar atau Rafizi.
Kita hanya perlu turun BERSIH pada 19 Nov ini. Kita turun dengan aman, dengan satu tekad iaitu untuk memberitahu rejim bahawa kita sebagai rakyat tidak lagi redha dan restu hak-hak kita dirompak.
Kita mahu rejim hentikan kemungkaran ini.
Ayuh, tunjukkan sokongan kita pada BERSIH bagi melawan kekotoran rejim. Selamatkan negara tercinta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA