Khamis, 10 November 2016

Macam mana peramal tak nampak Trump akan menang

Dua hari lalu, peninjau pendapat dan ahli statistik memberi Hillary Clinton antara 75 dan 99 peratus keberangkalian untuk pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Namun,bagaimana begitu ramai daripada mereka boleh jadi silap?
Media, termasuk Reuters, menerbitkan dua bentuk berita pilihan raya. Sesetengahnya adalah tinjauan yang dibuat untuk menganggarkan undi popular bagi seluruh negara, tetapi bukan di peringkat negeri-negeri, di mana keputusan sebenarnya dibuat.
Hasil tinjauan itu memberi gambaran besar: Hillary Clinton menang undi keseluruhan berbanding dengan saingannya Donald Trump - tetapi tidak sebanyak purata undi yang diramalkan, dan bukan di tempat yang dia perlukannya.
Organisasi berita juga menerbitkan berita-berita yang bertujuan untuk mengira kebarangkalian kemenangan bagi kedua-dua calon itu. Pengiraan ini didasarkan pada pilihan raya negeri-negeri individu. Dan ia dilihat seolah-olah keterlaluan dalam meramalkan peluang Clinton untuk menang dan sebaliknya gagal melihat bahawa perubahan dalam corak mengundi di beberapa negeri juga boleh berlaku di negeri-negeri lain yang sama.
Ini sebahagiannya kerana penganalisis pilihan raya melihat pada metafora yang salah.
Presiden Amerika bukan dipilih melalui undi popular peringkat nasional, tetapi melalui badan perwakilan pemilih di 50 negeri dan Washington DC.

Dalam mengira keberangkalian keputusan pilihan raya itu, peramal umumnya melihatnya sebagai perkara yang berasingan - yang tidak berkaitan antara satu sama lain seolah-olah umpama satu siri lambungan 51 duit syiling.
Tetapi itu bukan begitu caranya pilihan raya berlangsung di Amerika Syarikat. Trend pengundian yang muncul di satu negeri - seperti peralihan di luar jangkaan sokongan terhadap Republikan di kalangan pengundi luar bandar - turut berlaku di negeri-negeri lain yang sama demografinya.
Dan itulah yang berlaku Selasa lalu: Hasil kiraan model-model pilihan raya mengenai kebarangkalian kemenangan Clinton ternyata tinggi, kerana mereka mengambil kira setiap negeri secara berasingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA