Selasa, 8 November 2016

Lima parti desak hentikan siasatan ke atas 3 bekas menteri


Wakil lima parti dalam sidang media selepas mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen di parlimen hari ini.Wakil lima parti dalam sidang media selepas mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen di parlimen hari ini.
Lima parti - PKR, DAP, Amanah daripada Pakatan Harapan dan dua parti baharu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pembangunan Warisan Sabah (Warisan) hari ini mahu semua pihak mengiktiraf dan mengembalikan hak ahli parlimen sebagai wakil rakyat untuk berbahas.
Kelima-lima parti ini mengingatkan semua pihak agar tidak menyekat kebebasan ahli parlimen supaya rakyat dan negara mendapat faedah daripadanya dan kedudukan parlimen Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
Persetujuan ini dibuat wakil kelima-lima parti selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.
Ia ekoran tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan tindakan tiga bekas menteri kabinet membangkitkan isu 1MDB dan beberapa isu lain dalam parlimen adalah satu tindakan yang melanggar sumpah mereka sebagai menteri kabinet.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Shafie Apdal disiasat atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, dua minggu lalu.
Siasatan itu dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB.
Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan daripada mana-mana ahli parlimen yang berucap di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB, Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) dan wang RM2.6 billion yang dimasukkan dalam akaun peribadi ahli palrimen Pekan Datuk Seri Najib Razak merangkap mneteri kewangan dan perdana menteri.

Selain itu, mesyuarat juga mengambil ketetapan untuk meminta Speakar Dewan Rakyat mengkaji semula Petua yang dikeluarkan beliau pada 20 Oktober 2016 atas perkara: Tafsiran Sub Judice bagi Pertanyaan Jawab Lisan, Jawab Bukan Lisan dan Usul membabitkan Isu Tindakan Sivil in Rem oleh Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) pada mesyuarat ketiga, Penggal Keempat, parlimen ke-13 ini.
Mengikut Petua yang dikeluarkan beliau, ahli parlimen telah tidak dibenarkan berbahas atas isu yang menyentuh 1MDB, DOJ, dan wang RM2.6 billion dan menteri-menteri juga disekat dan terbatas dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan berhubung perkara tersebut.
Mesyuarat dihadiri Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Tan Sri Muhyidin Yasin, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafei Apdal, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta lebih 20 ahli parlimen pembangkang yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA